Abdul Halim Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dr. Abdul Halim Ali atau nama penanya A. Halim Ali berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu Moden berasal dari Merchang, Terengganu. Beliau bertugas sebagai Profesor Madya Kesusasteraan Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Sebelum menjadi pensyarah beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah menengah di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah dan kreatif serta terlibat dalam penyuntingan buku-buku umum. Selain itu aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam pelbagai seminar di pelbagai peringkat. Beliau juga terlibat dalam aktiviti pembacaan puisi, mengendalikan bengkel penulisan puisi, Fasilitator motivasi, Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya DBP untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN. Sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Sekretariat Kursi Za’ba, UPSI (2001-2002, Penyelaras Program Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (Sept 2001- Okt 2002), Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu (Nov 2002-Okt 2003) dan Timbalan Dekan Pengurusan dan Penyelidikan, Fakulti Bahasa (Sept 2003-Sept 2005), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Felo Institut Peradaban Melayu (2007-2009), Pangarah Pusata Perhubungan Alumni, UPSI (2011-2017).Selain tugas rasmi sebagai pensyarah, Abdul Halim juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN), Presiden Rangkaian Ahli Akademik & Profesional Anak Terengganu (PERAPAT) Malaysia, Ahli Jawatankuasa Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Sasterawan NUMERA Malaysia.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Antologi dan kumpulan puisi:

  • Antologi puisi `Awah I` (1996)
  • Antologi puisi `Bunga-bunga di Taman Desa` (1997)
  • Antologi puisi `Keinsafan` (2000)
  • Antologi puisi `Meraut air Limpah` (2007)
  • Antologi puisi `Wahai Api jadilah dingin jadilah embun` (2009)
  • Antologi puisi `Dalam redup wajah ibu` (2010)
  • Kumpulan puisi persendirian `Permintaan Alam` (2000)
  • Kumpulan puisi persendirian`Citra Kehidupan` (2005)
  • Kumpulan Puisi persendiri `Melihat ke dalam diri (2015)

Buku akademik

  • Bingkisan Sastera (2003)
  • Di Sekitar Puisi Melayu Moden (2004, 2007)
  • Mendekati Puisi Melayu Moden (2006)
  • Pengantar Teori dan Kritikan Sastera:Barat dan Malaysia (2011)
  • Wacana teori dan kritikan sastera (2015)
  • Teori Historisisme Baru: Sorotan Idea dan Aplikasi Kritikan (2014)

Buku akademik (Selenggaraan)

  • Kumpulan Esei Bahasa dan Kesusasteraan (2002) bersama Harun Jaafar
  • Penghayatan Sastera Melayu Moden (2005) bersama Azhar Hj Wahid
  • Teaching English as a Second Language (2006) et al.
  • Antologi puisi `Balada Suluh Budiman` (2002) bersama Zuber Zain.
  • Wanita dalam Wacan Sastera (2014) Bersama Norazimah Zakarian & Hasrina Baharum.
  • Antologi Puisi Keamanan (2014) Bersama Mohd Azam Sulong.
  • Antologi Puisi `Api dan Air Mata Rohingya` (2012) Bersama Ghazali Din.
  • Antologi Puisi `Sipanlah Dalam Ingatanmu` (2013) Bersama Ghazali Din
  • Pendidikan Kesusasteraan Melayu Dalam Pelbagai Isu dan Perspektif (2015) bersama Norazimah Zakaria & Azhar Wahid

Karya am yang disunting:

  • Pak Lah dan Pendidikan (2005) bersama Zuber Zain & Raja Ahmad Shalaby.
  • Pengajaran Bahasan Melayu (2011) prosiding seminar diselanggara bersama Mahzan Arshad dan Mana Sikana
  • Sastera Membina peradaban bangsa prosiding seminar diselenggara bersama Mana Sikana dan Mohd Rosli Saludin
  • Poetry of Live (2011) antologi puisi,Editor penasihat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.