Abdul Halim Mohd Seth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Abdul Halim Mohd Seth adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Sanggang (kini dikenali sebagai DUN Kerdau)

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Hasanah Putih, 53, dan mereka mempunyai empat anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi wakil rakyat DUN Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990. Beliau juga adik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd Seth.Adiknya ialah Toh Puan Norashikin Mohd Seth iaitu isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Abangnya, Allahyarham Kapten Mohd Adnan Mohd Seth juga berkhidmat dalam pasukan Tentera Darat. Ayahnya bekas Menteri Besar Johor , Datuk Mohd Seth Mohd Said.Bapanya Mohd Seth Mohd Said adalah Menteri Besar Johor. Adiknya Adun Sanggang (kini DUN Kerdau), Datuk Abdul Halim Mohd Seth meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2011. Adik perempuannya Norashikin Mohd Seth @ "Neno" berkahwin dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Adik lelakinya Brigidier Jeneral Tan Sri Mohamad Ghazali Mohd Seth adalah panglima angkatan tentera.


Beliau juga pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Mentakab selama sepenggal sebelum bahagian tersebut ditukar menjadi UMNO Bahagian Temerloh.

DUN Sanggang kini telah dikenali sebagai DU NKerdau setelah berlaku persempadanan semula DUN tersebut pada tahun 2004.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Oktober 2011, Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9.05 malam akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang. Abdul Halim meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selepas dimasukan ke hospital itu selama hari.

Jenazah disemadikan bersebelahan kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]