Abdul Hamid Pawanteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr.

Abdul Hamid Pawanteh

PSM; SPMP (Perlis); MBBS (Dow)
Yang di-Pertua Dewan Negara ke-14
Dalam jawatan
7 Julai 2003 – 6 Julai 2009
Didahului olehMichael Chen Wing Sum
Digantikan olehWong Foon Meng
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kangar, Perlis
Dalam jawatan
1999–2003
Didahului olehMd Isa Sabu (UMNOBN)
Digantikan olehMohd Radzi Sheikh Ahmad (UMNOBN)
Menteri Besar Perlis ke-4
Dalam jawatan
14 Ogos 1986 – 5 Mei 1995
RajaTuanku Syed Putra Jamalullail
Didahului olehAli Ahmad (UMNOBN)
Digantikan olehShahidan Kassim (UMNOBN)
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk Kota Raja
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
26 Oktober 1984 – 18 Julai 1986
Didahului olehHee Tien Lai
Digantikan olehMohamed Amin Daud
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Arau, Perlis
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehSyed Hassan Syed Mohamed (UMNOBN)
Digantikan olehShahidan Kassim (UMNOBN)
Butiran peribadi
Lahir(1944-07-27)27 Julai 1944
Pulau Pinang
Meninggal dunia1 Disember 2022(2022-12-01) (umur 78)
Arau, Perlis
Tempat persemadianMasjid Negeri, Arau, Perlis
Parti politikUMNO (1980-2020)
BERSATU (2020-2022)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
(1980-2020)
Perikatan Nasional
(2020-2022)
PasanganPuan Sri Elham Hamid Abdullah
Anak-anak
  • Tania
  • Farah
  • Natasya
  • Sharif
  • Jamal
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh (27 Julai 1944 – 1 Disember 2022) merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-14 (2003–2009). Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kangar dan Arau. Beliau ialah Menteri Besar Perlis ke-4 (1986–1995).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abdul Hamid dilahirkan pada 27 Julai 1944 di Pulau Pinang.

Bersekolah di Sekolah Melayu Kangar dan Penang Free School, Pulau Pinang. Kemudian belajar di Decca College, Karachi, India. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran (MBBS) dari Medical College, University Dow, Karachi, India. Ketika itu, Karachi, Pakistan masih di bawah negara India.

Dia berkahwin dengan Elham Hamid Abdullah (Elsie Sarstedt McCarthy) semasa belajar di Karachi dan mendapat lima anak iaitu Tania, Farah, Natasya, Sharif dan Jamal.

Sekembali ke Malaysia, beliau bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur, kemudian pindah ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Abdul Hamid berhenti dari perkhidmatan awam dan membuka klinik sendiri.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kangar pada 1981. Pada 1982 beliau menang bertanding di Parlimen Arau, Perlis dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 . Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari tahun 1983 hingga 1986.

1986 beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986 .Pada Ogos 1986 Perdana Menteri Malaysia ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau menjadi Menteri Besar Perlis. Kemudian beliau diganti oleh Dato' Seri Shahidan Kassim (1995-2008)[1]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau bertanding semula di parlimen Kangar.

Beliau menjadi menjadi Yang Dipertua Dewan Negara sejak 7 Julai 2003 dan disambung lagi pada 19 Julai 2006 untuk penggal kedua. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan cadangan itu dan disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas dan disokong oleh Senator Datuk Abdul Rahman Suliman, di Dewan Negara.Pada 6 Julai 2009, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.Tempat beliau akan diambil alih timbalannya, Wong Foon Meng, 55, yang juga Setiausaha Agung MCA mulai 7 Julai 2009.[2]

Pro Canselor UUM[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Pro Cancelor 1 Universiti Utara Malaysia sejak 1997.[3]

Syarikat Janakuasa elektrik[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai saham dalam Syarikat Janakuasa elektrik , Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) dan berhajat mengembangkannya ke Vietnam.[4]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 1 Disember 2022 jam 3.15 petang di Arau, Perlis. Jenazah dikebumikan di Masjid Negeri, Arau, Perlis selepas solat Jumaat, 2 Disember 2022 lalu.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]