Abdul Hamid Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Hamid Yusof

DPMJ, PIS (Johor)
Menteri Besar Johor
Dalam jawatan
1931–1934
Didahului olehDato' Mustapha Jaafar
Digantikan olehUngku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid
Butiran peribadi
Lahir(1876-10-17)17 Oktober 1876
Johor, Malaya
Meninggal dunia28 Disember 1934(1934-12-28) (umur 58)
Johor Bahru, Johor
Tempat persemadianMakam Diraja Bukit Mahmoodiah

Dilahirkan pada 17 Oktober 1876, beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang kelima pada 1931 hinggalah meninggal dunia di Johor Bahru pada 28 Disember 1934.

Karier beliau bermula sebagai prebet dalam pasukan Askar Johor sebelum dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan tahap demi tahap hingga ke pangkat Leftenan Kolonel pada 1919.

Beliau yang pernah menjadi pemerintah tentera di Muar, mendapat penghargaan Menteri Jajahan Takluk British kerana jasanya dalam Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.