Abdul Malik Ishak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Haji Abdul Malik Ishak merupakan Hakim Mahkamah Rayuan di Malaysia yang dilantik pada 16 Julai 2007.[1] Anak kelahiran Skudai, Johor ini lulusan undang-undang dari Universiti Singapura (1974) .Beliau menjadi majistret, timbalan pendakwa raya , penasihat undang-undang negeri Johor, Hakim kanan Mahkamah Sesyen dan pengerusi lembaga penasihat di Jabatan Perdana Menteri. Peguamcara Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan juga Peguam dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau juga telah dianugerahkan sijil kehadiran daripada University of Illinois, Chicago.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 17 Ogos 1994. Pada 1 Oktober 1992 beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. [2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  1. Pegawai Undang-Undang, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Kuala Lumpur.
  2. Majistret Kelas Pertama di Kangar, Perlis; Jitra, Kedah; Alor Setar, Kedah; dan [[Langkawi], Kedah.
  3. Timbalan Pengarah, Biro Bantuan Guaman Melaka, Muar, Segamat dan Seremban.
  4. Majistret merangkap Presiden, Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor.
  5. Presiden Kanan, Mahkamah Sesyen, Taiping, Perak.
  6. Timbalan Pendakwa Raya berkhidmat di Kedah, Perlis and Penang.
  7. Timbalan Kanan Pendakwa Raya berkhidmat di Perak.
  8. Peguam Persekutuan Kanan dan Timbalan Kanan Pendakwa Raya berkhidmat di Kota Kinabalu, Sabah.
  9. Penasihat Undang-Undang Negeri merangkap Timbalan Kanan Pendakwa Raya di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah.
  10. Hakim Kanan Sesyen, Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.
  11. Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
  12. Pesuruhjaya Kehakiman, Kuala Lumpur dan Taiping, Perak.
  13. Hakim Mahkamah Tinggi, Taiping, Perak, Johor Bahru, Johor and Kuala Lumpur.
  14. Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil 5, Dagang 4 and Sivil 6)
  15. Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Oktober 1992, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 17 Ogos 1994.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima Darjah Setia Di Raja Kedah (SDK), Dato’ Setia Di Raja Kedah (DSDK) dan Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ).

Kertas kerja perundangan[sunting | sunting sumber]

Abdul Malik Ishak membentang kertas kerja di Simposium Antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada tahun 1990. Pada 1991, menyampaikan kertas kerja “Criminal Justice and the Penal System, Issues and Initiatives in Malaysia” di Manila,Filipina . Pada 1994,menyampaikan kertas kerja “Some Legal Aspects of the Drug Problems in Malaysia – A Perspective” di Hong Kong dan dilaporkan dalam (1995) 1 CLJ cxxv.

Pada 1996, membentangkan Perundangan Anti Dadah Malaysia di St Petersburg, Russia.1996, di Jakarta, Indonesia membentangkan kertas kerja “Legal Collaboration in the Asean Region for a drug free world” . Pada 1995, berkursus di Munich, Jerman tentang 'Kesalahan Paten dan Hakcipta'. Pada tahun 2000,di Bangkok, Thailand membentangkan kertas kerja “Drug Legislations in Malaysia” .[3]

Dakwaan plagiat[sunting | sunting sumber]

Datuk Abdul Malik Ishak didakwa memplagiat [4] satu 'keputusan bertulis' oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura dan mendapat bantahan daripada pihak Singapura.[perlu rujukan] Pada 22 dan 29 Ogos 2011, peguam Karpal Singh telah mengirim dua surat minta penjelasan daripadanya tetapi tidak berjawab dalam tempoh ditetapkan. Pada tahun 2000, ketika menjadi Hakim Mahkamah Tinggi di Johor Bharu, beliau plagiat keputusan bertulis oleh GP Selvam dari Singapura.Perbuatan itu serius serta melanggar salah laku hakim. Ironinya, keputusan yang diplagiat itu berkaitan 'hak cipta'. Sekiranya plagiat di kalangan mahasiswa, ijazah mereka boleh ditarik balik. Kalangan profesional seperti peguam mestilah bersih daripada sebarang plagiat kerana menjatuhkan maruah Istana Kehakiman.[5]Laporan Strait Times Singapura pada 8 Mac dan 13 April 2000, bahawa Ketua Hakim Eusoff Chin telah menulis surat kepada Yong Pung How meminta maklumat lanjut berhubung plagiat itu.[6]

Karpal Singh sedang membela kes pengedaran dadah dan berdepan dengan panel tiga anggota hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak.Akhirnya Abdul Malik mengundurkan diri daripada panel itu.[7]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyalahkan badan kehakiman kerana tidak mengambil tindakan ke atas Abdul Malik walaupun perkara itu telah dibawa untuk perhatian Malaysia oleh Singapura pada tahun 2000.Tetapi menurut Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, satu-satunya cara untuk menyingkirkan seseorang hakim adalah melalui tribunal. Sebenarnya Ketua Hakim Negara tidak boleh memecat atau menyingkir mana-mana hakim kerana tiada peruntukan untuk beliau berbuat demikian. Datuk Seri Rais Yatim menjadi Menteri Kehakiman ketika itu. Pada 1988, tribunal pernah dibentuk keputusannya Ketua Hakim Negara , Mohamed Salleh Abas dipecat.

Karpal Singh bersama 60 ahli parlimen Pakatan Rakyat membawa usul di Dewan Rakyat.Usul itu bagi merujuk Abdul Malik ke tribunal kehakiman. Perkara 127 membenarkan perbincangan tingkah laku Hakim jika ¼ Ahli Parlimen menyokong usul.Jumlah Ahli Parlimen sekarang ialah 222. Jika 60 menyokong bermakna Tribunal Hakim akan diluluskan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]