Abdul Rahim Mohd Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
YBhg Tan Sri

Abdul Rahim Mohd Noor
Ketua Polis Negara Malaysia ke-5
Dalam jawatan
16 Januari 1994 – 7 Januari 1999
RajaSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehMohammed Hanif Omar
Digantikan olehNorian Mai
Butiran peribadi
Lahir (1943-06-06) 6 Jun 1943 (umur 78)
Serkam, Melaka
PasanganPuan Sri Faridah Abdul Razak

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor (lahir 6 Jun 1943) ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang kelima dan berkhidmat dari 16 Januari 1994 sehingga 7 Januari 1999.

Dilahirkan di Serkam, Melaka, Abdul Rahim menjadi Ketua Polis Negeri Selangor pada 21 Julai 1984 dan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Jun 1989. Beliau meletakkan jawatan Ketua Polis Negara pada 7 Januari 1999 kerana memukul bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan matanya tertutup pada 20 September 1998 ketika berada dalam tahanan polis di lokap polis Bukit Aman.[1]

Abdul Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac 2000.[1] Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2000 dan hukuman penjara dua bulan dikekalkan.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Oktober 2011, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 di Setiawangsa, sebuah pertubuhan kanan jauh. Beliau menyamakan gelombang hak asasi manusia dengan komunisme dan satu agama baru. Hak asasi manusia ini akan mengemukakan pandangan liberal dan akhirnya mempersoalkan institusi raja.[3] Lantas, akhbar berbahasa Cina seperti Sin Chew mempertikaikan kenyataan beliau dan mengungkit semula peranan beliau ketika 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Sebenarnya pembebasan hamba abdi oleh Abraham Lincoln dan kempen anti-aparteid oleh Nelson Mandela adalah berasaskan hak asasi manusia.[4]

Abdul Rahim mendakwa bahawa sebahagian aktivis Melayu berhaluan kiri menjadi 'musang berbulu ayam'. Matlamat mereka mahu menjadikan Malaysia sebuah republik. Dalam majlis itu Abdul Rahim menerima 'Anugerah Tertinggi Perkasa'. Dua penerima sebelum ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Harrison, Frances (16 Mac 2000). "Two months' jail for police chief who attacked Anwar". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Februari 2021.
  2. ^ Dass, David (1 November 2011). "Rahim Noor slaps himself with his remarks". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Februari 2021.
  3. ^ Bekas IGP: Awas gelombang hak asasi
  4. ^ A devil called Human Rights
  5. ^ "Perkasa dan Rahim — Awang Selamat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-31. Dicapai pada 2011-11-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Negara
16 Januari 1994 – 7 Januari 1999

penyandang kemudian=Tan Sri Norian Mai

Penyandang Kemudian
Tun Mohd Hanif Omar
{{{penyandang kemudian}}}