Pergi ke kandungan

Abdul Rahman Junaidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Rahman Junaidi
P.G.B.K (Sarawak) , A.B.S (Sarawak) , J.B.S (Sarawak) , ADUN
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam, Kemajuan Wilayah dan DBKU)
Menyandang jawatan
18 Mac 2025
PremierAbang Johari Tun Openg
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi Pantai Damai
Menyandang jawatan
27 September 2001
Didahului oleh Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi
Majoriti5,071 (2001)
- (2011)
9,260 (2016)
8,381 (2021)
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak
(Hal Ehwal Islam dan DBKU)
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 3 Januari 2022
Ketua MenteriAbang Johari Tun Openg
Timbalan Menteri Utiliti Sarawak
Dalam jawatan
16 januari 2017 – 17 Mac 2025
MenteriJulaihi Narawi
PremierAbang Johari Openg
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (Bumiputera)
Dalam jawatan
2017–2025
PremierAbang Johari Openg
Digantikan olehIbrahim Baki
Maklumat peribadi
Lahir (1961-01-26) 26 Januari 1961 (umur 64)
Kampung Seberang Hilir, Kuching, Koloni Sarawak, Empayar British
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (1992-Kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (1994-2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018-kini)
PasanganDatin Hajah Siti Shorgayah Ahmad Zaidin
KediamanMatang Jaya, Kuching, Sarawak
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor perubatan

YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi (lahir 26 Januari 1961) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang aktif di Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras projek agensi pembangunan wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal ehwal islam) Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Pantai Damai sejak 2001. Di peringkat akar umbi parti, Abdul Rahman adalah Bendahari Agung bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) berkuatkuasa 11 mac 2025 setelah gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti.

  • Sarawak :
    • Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) – Datuk (2021)
    • Ahli Bintang Sarawak (ABS)
    • Johan Bintang Sarawak (JBS)
    • Penerima Pingat Perak Jubli Intan Kemerdekaan Sarawak (2013)
    • Pingat Emas Jubli Intan Kemerdekaan Sarawak (2024)

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]
  • Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1961 di Kampung Sourabaya Hilir, Kuching. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padungan, Kuching. Selepas menamatkan persekolahan darjah 6, beliau dipilih oleh Yayasan Sarawak untuk menuntut di Sekolah Menengah Sains Pahang yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
  • Setelah menamatkan sesi persekolahan, beliau menyambungkan pelajaran ke menara gading, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Oleh kerana beliau cemerlang dalam pelajaran, lebih-lebih lagi di dalam subjek biologi, beliau memilih untuk mendalami bidang perubatan.
  • Dr Abdul Rahman Junaidi mula menceburi bidang politik pada tahun 1994 dengan menyertai PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak). Selepas sebulan kemudian, beliau ditawarkan menjadi Ketua Pemuda PBB Cawangan Kampung Sourabaya Hilir. Beberapa tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua Pemuda PBB Bahagian Pantai Damai.
  • Pada tahun 2001, Dr Abdul Rahman Junaidi diberi kepercayaan untuk bertanding pilihanraya kawasan N.4 Pantai Damai dan memenangi kerusi tersebut.
  • Alamat: 206, Lorong 6, Taman Matang Jaya, Petra Jaya, 93050 Bandar Kuching.
  • Sebagai wakil rakyat, beliau sedia menerima sebarang aduan dan rayuran daripada penduduk kawasan pilihan rayanya dan kawasan-kawasan lain di talian tertera;-
Telefon Pejabat: 082 - 233206/413124
Tel Rumah: 082 - 646604
No. Faks: 082 - 236206

Keputusan Pilihanraya 2021

[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang diadakan pada 18 Disember 2021, kerusi Dewan Undangan Negeri N.04 Pantai Damai dimenangi oleh Dr. Abdul Rahman Junaidi daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau memperoleh 10,191 undi, menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Azizan Kepli yang mendapat 1,902 undi. Abdul Rahman menang dengan majoriti sebanyak 8,289 undi, bersamaan 86.62 peratus undi, sekali gus mengekalkan Pantai Damai sebagai kubu kuat GPS di kawasan Kuching.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]