Abdul Rahman Palil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Abdul Rahman Palit.

Dato' Abdul Rahman Palil merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa yang menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau merupakan bekas anggota Exco Selangor Kerajaan Barisan Nasional pada 2004.

Beliau menyertai politik ketika berusia 18 tahun pada 1974 dan menjadi ADUN Sementa pada 1994. Pada 1996 buku beliau yang bertajuk Belajar dan Berjaya telah diterbitkan.

Dato' Abdul Rahman menerima pingat Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) yang membawa gelaran Dato' oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 1996.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • 31 Mac 2004 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat.

Politik[sunting | sunting sumber]

  • April 1995 - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Selangor (BN-Umno) - Menewaskan Delingannu a/l Allagan (DAP)
  • November 1999 - ADUN Sementa, Selangor (BN-UMNO) - Menewaskan Hamidzuan Khairuddin (PKR)
  • 31 Ogos 2000 - Ketua Penerangan Umno Selangor
  • Mac 2004 - ADUN Sementa, Selangor (BN-Umno) - Menewaskan Abdul Rahman Ibrahim (PKR)
  • Mac 2008 - ADUN Sementa - Menang tanpa bertanding

Saman PWC Dan LPK[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2009,beliau mahu menyaman firma audit PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PWCAS) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berikutan laporan audit mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikeluarkan Mei 2009. Laporan itu menjejaskan imejnya sebagai Ketua UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Kapar serta bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Abdul Rahman menafikan ada kepentingan beliau di dalam projek PKFZ kerana tanah itu telah dijual kepada Kuala Dimensi sebelum mesyuarat 24 Oktober 2001 dan dia hadir di mesyuarat itu atas kapasiti beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah LPK.Bahkan soalan mengenai cadangan pembelian tanah itu sama ada menerusi pengambilan tanah atau pembelian terus diutarakan beliau sebelum beliau mengisytiharkan keluar daripada mesyuarat bulanan LPK itu yang turut membincangkan isu PKFZ.

Beliau menafikan terlibat dalam membuat sebarang keputusan di dalam soal PKFZ pada mesyuarat bulanan itu.Siasatan pihak audit tak panggil saya, LPK tak panggil saya beri penjelasan, tetapi menyalahkan saya.Failkan saman malu disampaikan terhadap PWCAS dan LPK dalam masa terdekat.

PKFZ yang terletak di tapak seluas 400ha di Pulau Indah berhampiran Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang mencetus kontroversi apabila sesetengah pihak mempersoalkan kos pembangunannya dan pengambilan tanah yang menelan belanja RM4.6 bilion.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]