Abdul Rahman Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tan Sri

Abdul Rahman bin Sulaiman
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Dalam jawatan
1 Februari 2010 – 31 Januari 2016
Didahului olehMohd Annuar Zaini
Digantikan olehAzman Ujang
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Parit Buntar, Perak
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Abdul Rahman Suliman
Digantikan olehPAS logo.svg Hasan Mohamed Ali
Butiran peribadi
Lahir26 Mei 1946
Parit Buntar, Kerian, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia)
Meninggal dunia30 Januari 2022 (75 tahun)
Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Kuala Lumpur
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg
PasanganPuan Sri Maznah Adam
Anak-anak3 orang
PekerjaanWartawan
Pengerusi Bernama ke-10
Ahli Parlimen

Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman (26 Mei 1946 – 30 Januari 2022) adalah seorang ahli politik dan wartawan Malaysia berbangsa Melayu yang menjadi pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ke-10 mulai 1 Februari 2010 menggantikan Datuk Seri Mohd Annuar Zaini. Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Parit Buntar bagi sesi 1995-1999.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Datuk Abdul Rahman lahir pada pada 26 Mei 1946 di Parit Buntar, Perak. Beliau berkahwin dengan Datin Maznah Adam dan dikurniakan dua anak lelaki dan seorang perempuan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bersekolah di Sekolah Umum Parit Tok Ngah dan Methodist Secondary School di Parit Buntar. Pada tahun 1973 beliau belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang komunikasi pada 1976.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1971 bertugas sebagai wartawan kanan bernama setelah memulakan kerjaya kewartawanan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wartawan penyiaran pada 1966. Beliau dihantar ke Bangkok sebagai koresponden Bernama bagi Thailand dan Indo-China hingga 1978. Beliau ppernah menjadi Ketua Biro Johor, dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang Bernama pada 1989.

Beliau mengetuai Jabatan Pengarang Bernama (1989-1995). Beliau pernah menjadi Pengarah Komunikasi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (Ogos 2001-Mac 2010). Beliau juga merupakan Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dari Mac 2009- kini.

Politik[sunting | sunting sumber]

1995 beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional untuk bertanding kawasan parlimen Parit Buntar. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 beliau berjaya menewaskan Idris Abdul Rauf daripada Parti Semangat 46.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2007.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]