Pergi ke kandungan

Abdul Rashid Asari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Rashid Asari
عبدالرشيد عصري
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Selat Kelang
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului oleh Halimah Ali
Majoriti500 (2018)
8,325 (2023)
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
14 Mei 2018  5 Mac 2020
(Kebudayaan, Pelancongan, Tamadun Melayu dan Warisan)
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarAzmin Ali
(2018)
Amirudin Shari
(2018–2020)
Didahului olehAmirudin Shari
(Kebudayaan)
Elizabeth Wong
(Pelancongan)
Ahmad Yunus Hairi
(Tamadun Melayu dan Warisan)
Digantikan olehBorhan Aman Shah
(Kebudayaan, Tamadun Melayu dan Warisan)
Hee Loy Sian
(Pelancongan)
Maklumat peribadi
Lahir
Abdul Rashid bin Asari

(1951-10-17) 17 Oktober 1951 (umur 74)
Selangor Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kerakyatan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(–2003)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(2016–2024)
BEBAS
(sejak 2024)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(–2003)
Pakatan Harapan (PH)
(2017–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(2020–2024)
Tempat belajarUniversiti Malaya (Sijil)
The University of Buckingham (LLB)
PekerjaanAhli politik

Datuk Abdul Rashid bin Asari (Jawi: عبدالرشيد بن عصري; lahir 17 Oktober 1951) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Selat Klang sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Menteri Besar Azmin Ali dan Amirudin Shari dari Mei 2018 sehingga beliau digugurkan daripada jawatan tersebut pada Mac 2020. Beliau merupakan seorang ahli politik bebas. Beliau pernah menjadi ahli dan Pengerusi Negeri Selangor bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan sebelum itu PH serta pernah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Sokongan kepada Menteri Besar Amirudin Shari

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mac 2024, Abdul Rashid mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Amirudin Shari dan kerajaan negerinya. Beliau menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) pembangkang, PN dan BERSATU yang pertama berbuat demikian. Namun begitu, seperti enam orang Ahli Dewan Rakyat (AP) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan, beliau tetap menyatakan kesetiaan kepada BERSATU dan kekal sebagai ahlinya walaupun menyokong Amirudin serta pentadbiran negeri Selangor. Beliau menambah bahawa titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji prestasi Amirudin dan kerajaan negeri Selangor, sikap berdiam diri BERSATU terhadap kritikan dan dakwaan terhadap Sultan, serta kebajikan penduduk Selat Kelang antara sebab-sebab beliau mengambil keputusan tersebut.[1]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P097 Selayang Abdul Rashid Asari (BERSATU) 49,154 33.93% William Leong Jee Keen (PKR) 72,773 50.23% 144,881 23,619 79.81%
Chan Wun Hoong (MCA) 19,425 13.41%
Salleh Amiruddin (PEJUANG) 2,584 1.78%
Muhammad Zaki Omar (BEBAS) 945 0.65%
Dewan Undangan Negeri Selangor[2]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N44 Selat Kelang Abdul Rashid Asari (PPBM) 12,266 35.99% Halimah Ali (PAS) 11,766 34.52% 34,571 500 83.55%
Mohd Khairi Hussin (UMNO) 9,949 24.19%
Jeichandran Wadivelu (PRM) 52 0.15%
Zainal Azwar Kamaruddin (BEBAS) 49 0.14%
2023 Abdul Rashid Asari (BERSATU) 25,143 58.88% Roslee Abd Hamid (UMNO) 16,818 39.38% 42,703 8,325 74.12%
Mohamad Ezam Mohd Nor (PRM) 742 1.74%
  1. "Bersatu rep declares support for Selangor MB". Free Malaysia Today. 6 Mac 2024. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  2. "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  3. "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".