Abdul Razak Adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Razak Adam atau dikenali juga sebagai A.Razak Adam atau Azam. Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1970 di FELDA Air Kangkong, Selandar, Melaka. Beliau berkelulusan Ijazah Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pendidikan Dalam Bidang Kurikulum dan Pedagogi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu bagi tempoh 2014/2024. Beliau pernah mengikuti Program MASTERA (Novel) di Bogor pada tahun 2011 serta menyertai Pertemuan Penyair Nusantara di Jambi Indonesia. Beliau pernah memenangi beberapa pertandingan penulisan dalam kategori cerpen dan novel. Sebelum ini novel beliau yang berjudul Tujuh Keturunan telah menang pertandingan menulis novel anjuran ITBM PENA dan BH 2013 . Novel ini telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Karya yang telah dihasilkan antara 2000-2023[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  1. Novel FELDA Bukit Jelatang (Penerbit Studio Matra, 2004))
  2. Novel Hanya Tuhan Yang Tahu (PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2008)
  3. Novel Remaja Taman Botani Harapan (PTS Publication & Distributor, 2009)
  4. Novel Remaja Kerepek AF (PTS Pub.& Dis, 2009) - Telah dialih bahasa ke bahasa Indonesia oleh Penerbit Gramedia Publication.
  5. Novel Remaja Homestay Bayu (PTS Pub.& Dis, 2010)
  6. Novel Kasih Seharum Manisah (PTS Pub.&Dis, 2010)
  7. Novel Remaja Jutawan 3R (PTS Pub.&Dis, 2011)
  8. Novel Remaja Helo, Bahaya! (Karangkraf Publication, 2012)
  9. Novel Tujuh Keturunan (ITBM, 2013) Menang hadiah saguhati dalam Sayembara menulis novel anjuran ITBM, PENA dan Berita Harian 1.
  10. Novel Cemeh (ITBM, 2015)
  11. Novel Dari KL Ke Seoul (Penerbit UTeM, 2019)
  12. Novel 2050 (Penerbit NUHA Books, 2023)

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  1. Kumpulan Cerpen Buraq(ITBM, 2014) Kumpulan Cerpen Perseorangan A Razak Adam.
  2. Cerpen Wad Pericila- Menjejak Sinar, DBP 2006
  3. Cerpen Pukulan- Antologi Ombak dan Pantai.
  4. Sajak Jendela- Dewan Sastera 2011
  5. Sajak Wang- Jendela Selatan 2012
  6. Cerpen Pen Merah Pen Biru- Antologi Aduhai Peningnya, 2013
  7. Resah- Antologi Terima kasih Cikgu, terbitan MPSM 2014
  8. Kajian Pendidikan Kesusasteraan Melayu- Jurnal MPSM 2013
  9. Rencana Nilai Ekonomi Bahasa Melayu- Majalah Dewan Bahasa, DBP 2014.

Pencapaian Dalam Bidang Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Menang sagu hati Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2004.
  2. Tempat Kedua Pertandingan Menulis Cerpen Berunsur Islam ke-13 anjuran DBP/YPI Malaysia 2012.
  3. Novel Tujuh Keturunan- Menang hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Novel anjuran ITBM, PENA dan Berita Harian
  4. Novel Tujuh Keturunan dibicarakan dalam Bicara Buku Penulis Selatan di Kolej Universiti Islam Melaka pada November 2015.
  5. Tempat Kedua Pertandingan Menulis Cerpen Sejarah Melaka Anjuran IPM 2014.
  6. Novel remaja Kerepek AF terbitan PTS telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia pada tahun 2012 oleh Penerbit Gramedia.

Selain bergiat dalam bidang penulisan, Abd. Razak Adam juga pernah membentangkan beberapa kertas kerja antaranya di Batam, Indonesia pada 2015. Beliau juga sering mengadakan bengkel penulisan bagi membimbing bakat-bakat baru dalam bidang penulisan cerpen serta novel.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]