Abdul Razak Husain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Abdul Razak Hussein.
Leftenan Muda Abdul Razak Husain
Kelahiran Abdul Razak Husain
Kampung Tawang, Bachok, Kelantan
Kematian 1 Nov 1970
Sebab kematian Pertempuran dengan pengganas komunis
Warganegara  Malaysia
Pekerjaan Army - Leftenan Muda
Terkenal kerana Penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa

Leftenan Muda Abdul Razak Husain adalah seorang anggota tentera Malaysia yang bertindak sebagai Ketua Platun Harimau (Tiger Platoon) 8 RAMD dan berasal dari Kampung Tawang, Bachok, Kelantan. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 2 Nov 1971 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis.

Pada 1 Nov 1970, Leftenan Muda Abdul Razak Husain telah bertindak daripada maklumat risikan mengenai kesan pergerakan pengganas komunis dan mengetuai Platun Harimau (Tiger Platoon) 8 RAMD untuk melakukan rondaan mencari dan memusnahkan musuh. Leftenan Muda Abdul Razak yang ketika itu mendahului kumpulan ronda telah ditembak oleh musuh yang berada di atas bukit, ketika bergerak menghampiri sebuah bukit kecil tersebut.

Menyedari keadaan yang mereka dikepung oleh musuh, Leftenan Muda Abdul Razak melepaskan tembakan senjata SLR ke arah kedudukan senjata LMG musuh. Tembakan bertubi-tubi musuh menghujani kedudukan kumpulan Leftenan Muda Abdul Razak . Bagi melindungi anggota-anggotanya yang langsung tidak mempunyai perlindungan, Leftenan Muda Abdul Razak dengan keberanian yang luar biasa, telah bangun berdiri sambil menembak ke arah musuh untuk mengurangi tekanan musuh keatas pasukannya.

Dalam usaha tersebut, Leftenan Muda Abdul Razak terkena tembakan pengganas dan terkorban di tempat kejadian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]