Pergi ke kandungan

Abdul Samad Al-Falimbani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syekh Abdus Samad Al-Palimbani ialah seorang ulama besar sufi dan penulis kitab-kitab sufi yang berasal dari Palembang.[1] Abdus Samad lahir pada tahun 1116 H (1704 M) di Kesultanan Palembang dan wafat pada 1203 H (1789 M) di usia 85 tahun di Pattani, lokasi dikebumikan jenazahnya masih menjadi perdebatan di kalangan sejarawan dan ulama.[1][2]

Abdul Samad Al-Falimbani
Peribadi
Kelahiran1704
Kematian1789 (berumur 83–84)
AgamaIslam
Warganegara
KawasanNusantara

Dari salasilah atau nasab, As Syaikh Al-Falimbani berasal daripada Keturunan Arab, dari sebelah ayah. Syaikh Abdul Jalil, ayah Al-Falimbani, ialah ulama yang berasal dari Madinah. Beliau sempat menjawat sebagai Mufti besar Kedah pada akhir abad ke-17. Ibunya, Radin Ranti, ialah wanita Palembang yang diperisterikan oleh Syaikh Abdul Jalil, selepas sebelumnya mengahwini Wan Zainab, puteri Dato´Sri Maharaja Dewa di Kedah.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Syekh Abdus Shamad memiliki darah campuran Melayu dan Arab, ayahnya bernama Syekh Abdul Jalil bin Syekh Abdul Wahhab bin Syekh Ahmad al-Mahdani seorang ulama dari Jazirah Arab dan ibunya Radin Ranti merupakan perempuan keturunan asli Melayu dari Palembang.[3] Beliau menjalani masa kecilnya di kampung halamannya, Palembang. Di sana ia mendalami agama Islam dan berguru dengan Syamsuddin as-Sumatrani dan Syekh Abdurrauf al-Fansuri untuk mempelajari tasawuf.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Syeikh Abdus Shamad mendapat pendidikan dasar dari ayahnya sendiri, Syeikh Abdul Jalil. Kemudian semasa remaja, Syeikh Abdul Jalil menghantar semua anaknya ke madrasah di negeri Patani. Abdus Samad dan saudara-saudaranya Wan Abdullah dan Wan Abdul Qadir mengaji di pondok-pondok yang terkenal, antaranya ialah Pondok Bendang Gucil di Kerisik, atau Pondok Kuala Bekah atau Pondok Semala yang semuanya terletak di Patani.

Di antara para gurunya di Patani, yang dapat diketahui dengan jelas hanyalah Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok. Dibuktikan dari temu ramah dengan beberapa orang tokoh terkemuka Kampung Pauh Bok itu (1989), sederum sedikit tulisan dalam salah satu manuskrip terjemahan Al-‘Urwatul Wutsqa, versi Syeikh Abdus Shamad bin Qunbul al-Fathani yang ada.

Belajar Di Makkah

Al-Falimbani kemudian belajar ke Arab yaitu Makkah, dan Madinah. Di tempat baharunya ini, dia berteman baik dengan ulama Nusantara lainnya seperti Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahhab Al-Bugisi, Abdul Rahman Al-Batawi, dan Daud Al-Fatani. Dia berguru dengan ulama-ulama besar pada masa itu seperti Muhammad bin Abdul Karim Al-Sammani, Muhammad bin Sulayman Al-Kurdi, dan Abdul Al-Mun´im Al-Damanhuri. Selain itu, tertulis juga dalam sejarah Al-Palembani berguru kepada ulama besar, antaranya Ibrahim Al-Rais, Muhammad Murad, Muhammad Al-Jawhari, dan Athaullah Al-Mashri.

Sheikh Abdush Shamad al-Falimbani menulis dua buah karyanya yang paling terkenal sampai sekarang Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin.

Pulang ke Nusantara dan bermastautin di Kedah

[sunting | sunting sumber]

Selepas kapal telah siap dan kelengkapan berlayar sudah terpenuhi, Syaikh Abdus Shamad al-Falimbani pulang bersama dengan ratusan muridnya. Selama di Mekah, dia bergiat dalam pengajaran dan penulisan kitab-kitab pada beberapa bidang pengetahuan keislaman, terutamanya tentang tasawuf, fikih, usuluddin dan lain-lain. Untuk menunjukkan sikap perlawanan yang membara kepada penjajah kolonial, dia menulis sebuah buku tentang jihad. Buku yang penting itu berjudul Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mu’minin fi Fadhail Jihadi fi Sabilillah wa Karamatul Mujtahidin fi Sabilillah.

Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pulang ke Palembang dan mengucapkan salam perpisahannya pada kampung halamannya sebelum berangkat ke Kedah. Sheikh Wan Abdul Qadir bin Sheikh Abdul Jalil al-Mahdani ketika itu telah ditunjuk sebagai Mufti besar Kerajaan Kedah. Beliau mengundang saudara dan keluarganya dari Palembang untuk bermastautin di Kedah. Seorang lagi saudaranya, Syaikh Wan Abdullah ialah salah satu pembesar Kedah dengan gelar Seri Maharaja Putera Dewa.

Syaikh Al-Falimbani dikenal selalu mengikuti perkembangan politik di Asia Tenggara. Muridnya berkata bahawa guru sering menanyakan perihal keadaan pendatang-pendatang dari Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, dan negeri-negeri Nusantara yang di bawah penjajahan Belanda dan Sepanyol. Beliau pernah mengirimkan dua surat kepada Sultan Hamengkubuwono I, Sultan Mataram dan kepada Susuhunan Prabu Jaka atau Pangeran Singasari Putera, Amengkurat IV. Surat-surat tersebut diambil oleh Belanda di Semarang (tahun 1772 M).

Beberapa tahun kemudian, Abdus Shamad al-Falimbani yang sudah uzur dihadapkan pada Rattananakosin, dinasti baharu dari Thailand yang ingin menguasai Pattani. Bersama dengan panglima Melayu lain dari Kedah, dia berangkat untuk berjihad membantu Pattani. Syaikh Wan Abdul Qadir yang semasa itu masih hidup mengirim surat ke Mekkah untuk memberitahukan khabar perang yang sedang berlaku dan adiknya yang menyertai perang itu.

Wafatnya dan pendapat sejarahwan

[sunting | sunting sumber]

Dr M. Chatib Quzwain menulis dalam bukunya yang bertajuk Mengenal Allah Suatu Studi Mengenal Ajaran Tasawuf Sheikh Abdus Shamad al-Palimbani, halaman 180-181: Bahwa dalam tahun 1244 H/1828 M dikatakan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani selamat dari perang di Pattani dan beliau wafat berumur 124 tahun.

Azra menulis, “Meskipun saya tidak dapat menentukan secara pasti angka-angka tahun di seputar kehidupannya, semua rujukan yang ada mengatakan bahwa rentang masa hidup Al-Palimbani adalah dari dasawarsa pertama hingga akhir abad kedelapan belas. Al-Baythar menyatakan, Al-Falimbani meninggal setelah 1200/1785. Tetapi kemungkinan besar dia meninggal setelah 1203/1789, tahun ketika dia menyelesaikan karyanya yang terakhir dan paling masyhur, Sayr Al-Salikin. Ketika dia menyelesaikan karya ini, mestinya umurnya adalah 85 tahun.

“Dalam Tarikh Salasilah Negeri Kedah diriwayatkan, dia terbunuh dalam perang melawan Thai pada 1244/1828. Tetapi saya sukar menerima penjelasan ini, sebab tidak ada bukti dari sumber-sumber lain yang menunjukkan Al-Palimbani pernah kembali ke Nusantara. Lebih jauh lagi, waktu itu mestinya umurnya telah 124 tahun, terlalu tua untuk pergi ke medan perang.

“Walaupun Al-Baythar tidak menyebutkan tempat di mana Al-Palimbani meninggal, ada kesan kuat dia maut semasa merantau di Arab”.

Menurut Ustaz Wan Mohd Shaghir, sumber dari Al-Baythar yang menyebut tahun kewafatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani 1200 H/1785 M, seperti yang disebut oleh Dr. Azyumardi Azra itu adalah ditolak.

Dengan disebutkannya bahawa Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani wafat tahun 1200 H/1785 M adalah sebagai bukti bahawa Al-Baythar tidak banyak tahu tentang Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Bahkan tulisannya sendiri bertentangan antara satu sama lainnya.

Ustadz Wan Shaghir tetap yakin bahawa Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani memang terlibat langsung dalam peperangan di antara Kedah-Patani melawan Siam yang terjadi jauh sesudah tahun 1203 H/1789 M itu. Ini berdasarkan cerita yang mutawatir, dikuatkan sebuah manuskrip salinan Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu murid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, telah diketemukan kubur dia dan lain-lain yang perlu dikaji dengan lebih teliti.

Dr. M. Chatib Quzwain menyebut bahawa kubur Sheikh Abdus Samad al-Falimbani di Palembang, Dr. Azyumardi Azra pula menyebut, “ada kesan kuat dia meninggal di Arabia”, kedua-dua pendapat tersebut bertentangan dengan Al-Tarikh Silsilah Negeri Kedah. Juga bertentangan dengan cerita populer masyarakat Islam di Kedah, di Patani, Banjar, Mempawah/Pontianak dan tempat-tempat lain yang ada hubungan pertalian penurunan keilmuan Islam di dunia Melayu.

Selain itu, bertentangan pula dengan manuskrip Al-Urwatul Wutsqa karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani yang disalin oleh Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu, salah seorang murid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Bertentangan pula dengan pembuktian bahawa diketemukan kubur Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani di perantaraan Kampung Sekom dengan Cenak termasuk dalam kawasan Tiba, yaitu di wilayah Utara Patani.

Menurut Ustaz Wan Shaghir lagi, tidak dipastikan sumber manakah yang digunakan oleh Dr. Azyumardi Azra yang menyebut, “ada kesan kuat dia meninggal di Arabia” itu.

Karya Tulis

[sunting | sunting sumber]
  • Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid, 1178 H/1764 M.
  • Risalah Pada Menyatakan Sebab Yang Diharamkan Bagi Nikah, 1179 H/1765 M.
  • Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin, 1192 H/1778 M.
  • Siyarus Salikin ila ‘Ibadati Rabbil ‘Alamin, 1194 H/1780 M-1203 H/1788 M.
  • Al-‘Urwatul Wutsqa wa Silsiltu Waliyil Atqa.
  • Ratib Sheikh ‘Abdus Shamad al-Falimbani.
  • Nashihatul Muslimina wa Tadzkiratul Mu’minina fi Fadhailil Jihadi wa Karaamatil Mujtahidina fi Sabilillah.[4]
  • Ar-Risalatu fi Kaifiyatir Ratib Lailatil Jum’ah
  • Mulhiqun fi Bayani Fawaidin Nafi’ah fi Jihadi fi Sabilillah
  • Zatul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil ‘Alamin
  • ‘Ilmut Tasawuf
  • Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah minar Rahmatil Mahdah ‘Alaihis Shalatu was Salam
  • Kitab Mi’raj, 1201 H/1786 M.
  • Anisul Muttaqin
  • Puisi Kemenangan Kedah

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Samsul Munir Amin (2008). Karomah para kiai. PT LKiS Pelangi Aksara. m/s. 311–. ISBN 978-979-8452-49-9.
  2. ^ Tani, Ini Tanjung (2024-03-18). "Biografi Syekh Abdussamad al-Palimbani". Kompas. Dicapai pada 6 Juli 2024. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ 1. "Biografi Syekh Abdus Samad al-Palimbani | Republika ID". republika.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-06.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  4. ^ Abdullah, Malan (2019-01-07). Syaikh Abdus-Samad Al-Palimbani (dalam bahasa Indonesia). Elex Media komputindo. ISBN 978-602-04-8773-1.

Templat:Navbox Ulama Ahli Fiqih Mazhab Syafi'i

Templat:Lifetime-Tokoh-Muslim