Abdul Samat Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Profesor Madya Dr Abdul Samat bin Salleh (18 Mac 1945 – 13 Mac 2018) ialah seorang seniman Malaysia yang juga merupakan bekas Pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.[1]

Beliau mula berkerja sebagai seorang guru pada tahun 1969 sebelum menjadi Pensyarah Seni di USM bermula Mei 1984 sehingga persaraan beliau pada tahun 2000. Namun, kontrak perkhidmatan beliau di USM telah dilanjutkan sehingga tahun 2016. Beliau pernah mementaskan beberapa naskhah sebagai pementasan dan juga untuk layar televisyen. Antaranya termasuklah Bakawali dan Jula-Juli Bintang Tujuh. Selain itu, beliau pernah melakonkan beberapa drama televisyen pada tahun 1990-an.[2]

Pada Januari 2018, Abdul Samat telah dimasukkan ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang akibat penyakit peparu. Setelah dua bulan di hospital, beliau meninggal dunia pada 13 Mac jam 1.20 petang. Jenazah beliau telah dikebumikan pada malam hari itu juga di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdullah Fahim.[3]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Salim Astro Oasis Episod: "Sepanas Api"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Al-Fatihah: Pelakon dan bekas pensyarah USM, Abdul Samat Salleh meninggal dunia". Astro Awani. 13 Mac 2018. Dicapai pada 20 Februari 2019.
  2. ^ Mohd. Firdaus Ismail (13 Mac 2018). "Aktivis teater dan bekas pensyarah USM meninggal dunia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-20. Dicapai pada 20 Februari 2019 – melalui Utusan Online.
  3. ^ "Samat Salleh dalam kenangan". Malaysiakini. 14 Mac 2018. Dicapai pada 20 Februari 2019.