Abdul Shukor Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr.

Abdul Shukor Husin
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
Dalam jawatan
2005–2017
Didahului olehProf. Datuk Wira Dr. Ismail Ibrahim
Digantikan olehDatuk Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh
Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
Dalam jawatan
2006–2010
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehProfesor Dato' Dr Muhamad Muda
Butiran peribadi
Lahir25 Julai 1942
Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang
PasanganPuan Sri Ramah Haji Abdul Manan
Anak-anak6 orang
PekerjaanUlama

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin merupakan seorang agamawan di Malaysia. Beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bermula 2005 hingga 2017. Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.[1][2] Beliau juga merupakan mantan Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada 1998 hingga 2006 sebelum dinaik taraf sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kemudiannya beliau dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti tersebut bermula 2006 hingga 2010.

Pada 27 November 2011, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2011 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Shukor dilahirkan pada tanggal 10 April 1942 di Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, negeri Pahang. Bapa beliau bernama sebagai Haji Husin bin Said manakala ibu beliau bernama Mariam binti Haji Taha. Haji Husin merupakan seorang guru agama kampung dan Hajah Mariam pula ialah seorang suri rumah tangga. Haji Husin berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang bernama Hajah Aishah binti Haji Bedul setelah Hajah Mariam meninggall dunia pada tahun 1969. Abdul Shukor mempunyai seorang adik tiri yang bernama Maaishah[4].

Abdul Shukor mempunyai seorang isteri yang bernama Puan Sri Ramah Haji Abdul Manan, yang merupakan anak kelahiran Singapura. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata dan kesemuanya adalah perempuan. Nama-nama yang diberikan kepada keempat-kempat puteri beliau ialah Syahirah, Syaimak, Syadiyah dan Syadwa.[4]

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Tebing Tinggi. Kemudian sambung belajar peringkat menengah di Sekolah Al-Junid, Singapura.[5]

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Abdul Shukor ialah:

  • Naib Pengerusi Akademi Fiqh Sedunia (Wakil Malaysia), 2004-kini
  • Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), 2005-2017
  • Ahli Lembaga Tabung Haji, 2005 sehingga kini
  • Ahli Lembaga International Shariah Research for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia, 2008-2011
  • Ahli Lembaga Pengarah Universiti Islam Antarabangsa Madinah (2010 sehingga sekarang)
  • Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Jabatan Perdana Menteri, 2005-kini
  • Pengerusi Lajnah Tashih (Lembaga Semakan Pakar), Tafsir Pedoman Muttaqin Terbitan JAKIM, 2007 sehingga sekarang
  • Pengerusi Panel Syariah Kumpulan Silver Bird Berhad, 2008 sehingga 2011
  • Ahli Lembaga Pengurus Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), 1995 sehingga sekarang
  • Ahli Lembaga Penasihat Syariah KFC bermula pada tahun 1987 sehingga 1991
  • Ahli Jawatankuasa Petugas Khas Kolej Islam Darul Ridzuan pada tahun 2004
  • Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1995 sehingga sekarang
  • Ahli Lembaga Akademik Kolej Islam Selangor sehingga 1999
  • Ahli Jawatankuasa Saham Wakaf Negeri Pahang pada tahun 1998.
  • Pengerusi Panel Akidah, Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri sehingga 1988
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah sehingga 1998
  • Pengerusi Jawatankuasa Struktur Kurikulum Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam bermula pada tahun 1985 sehingga 1986
  • Ahli Lembaga Penasihat Pendidikan Islam (LEPAI) Jabatan Perdana Menteri sehingga 1998
  • Ahli Jumaah Pengelola Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan Pahang sehingga sekarang
  • Ahli Jawatankuasa Pendidikan Islam Majlis Ugama Islam Negeri Pahang sehingga sekarang
  • Pengerusi Jawatankuasa Terjemahan Hadith Sohih al-Bukhari, Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri sehingga 2000
  • Ahli Jawatankuasa Penilaian Semula Kertas Syariah dan Usuluddin (STPM) Majlis Peperiksaan Malaysia bermula pada tahun 1989 sehingga tahun 1990
  • Pengerusi Jawatankuasa Istilah Islam Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bermula tahun 1986 sehingga tahun 1992
  • Pengerusi Panel Syariah Lembaga Tabung Haji, 2010 sehingga sekarang
  • Ahli Lembaga Penasihat Pensijilan Halal Malaysia, JAKIM
  • Ahli Badan Perunding Islam Jabatan Perdana Menteri, 2007 sehingga sekarang
  • Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Pahang, 1989 sehingga sekarang
  • Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang, 1989 sehingga sekarang
  • Pengerusi Panel Kajian Sosial Umat Islam Malaysia, Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri sehingga 1998
  • Ahli Jawatankuasa Kecil Kelayakan Sastera dan Sains Kemasyarakatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kuala Lumpur, sehingga tahun 1988

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menghasilkan karya penulisan yang merangkumi aspek akhlak, syariah dan akidah. Karya tersebut didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti buku-buku ilmiah, artikel-artikel dalam Jurnal dan pelbagai lagi. Antara karya masyhur ialah:

Artikel[sunting | sunting sumber]

  • Al-Quran Sumber Tasawwuf (Terjemahan) RUHANIYAT, Pusat Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Mac 1991)
  • Kritik-Kritik Ulama Fiqah Terhadap Aliran Tasawwuf (Terjemahan) RUHANIYAT, Pusat Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Disember 1990)
  • Pengertian Tajdid dalam Islam, UMMAH (November 1991)
  • Matlamat Pemikiran Muhammad Abduh, UMMAH (Mac 1992)
  • Kemunduran Umat Islam (Menurut Muhammad Abduh), UMMAH (Mei 1992)
  • “Wahyu Membimbing Akal”, AL-MAUIZAH, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1986)
  • Wahyu Menurut al-Quran, AL-MAUIZAH, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1986)
  • Manhaj al-Mutakkallimin Wa al-Falasifah al-Muslimin Fi alIstidlal ala alAqidah, ISLAMIYYAT, jld.8, Universiti Kebangsaan Malaysia (1988)
  • Peranan Intelek dan Skopnya, ASPIRASI, Persatuan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia (1989)
  • Ilmu Syariah Zahir dan Batin, RUHANIYAT, Pusat Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Disember 1990)

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Al-Nubuwah Baina al-Aqli wa alNaqli. Bangi: Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia (1984)
  • Tajdid dan Reformasi Islam Menurut Perspektif Mohammad Abduh (terjemahan) Penerbit al-Rahmaniah (1987)
  • Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini (Bersama) (1986)
  • Kamus Istilah Islam (Usuluddin dan Falsafah Islam), (Bersama) Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka (1992)
  • Manusia dari Mana ke Mana (1985)
  • "Ahli Sunah Waljamaah: Pemahaman Semula", Syarahan Perdana Profesor 1988 di UKM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Che Ahmad, Mohd. Shah (14 Oktober 2011). "Terus martabat agama Islam". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 15 Oktober 2011.
  2. ^ Che Ahmad, Mohd. Shah (14 Oktober 2011). "Perluas skop, fungsi MAIN". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 12 November 2011.
  3. ^ "Menteri Haji Arab Saudi Dianugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa". MStar. 27 November 2011. Diarkib daripada yang asal pada 23 November 2016.
  4. ^ a b Kamarudin Salleh & Liyana Mustafa (2018). Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukor Husin: Kajian Biografi Ringkas (PDF). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
  5. ^ "Senarai Pengerusii Jawatankuasa Fatwa Malaysia". muamalat.islam.gov.my. Diarkib daripada yang asal pada 21 Ogos 2011.