Abdul Talib Mohd Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Talib Mohd Hassan merupakan salah seorang penulis novel Malaysia. Beliau merupakan anak sulong dari tujuh beradik. Bapanya, Mohd Hassan bin Ali merupakan salah seorang pegaretwai Jabatan Laut.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 1947) mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-laki Teluk Intan (1945-1957). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan (1958-1960), sebelum meneruskan pengajiannya di sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan (1960-1965). Selepas itu beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, dan pada masa yang sama belajar secara sambilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada 1969. Setelah tamat kursus, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor.

Buku Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. (1989) Warisan, Wajah- wajah di pelangi
  2. (1990) Jelaga, Cinta Semalam, Primadona
  3. (1991) Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani
  4. (1992) Di Rahang Sumpah.
  5. (1993) Sutera dalam Lukisan, Saga Dua
  6. (1994) Jerebu
  7. (1997) Khailee
  8. (2001) Saga Tiga, Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena.
  9. (2005) Diari Hati

Kejayaan Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Pemenang pertama Sayembara Novel GAPENA 1976 dengan novel Saga.
  2. Hadiah kedua Sayembara Novel Hari Guru 1977 dengan novel Pelarian.
  3. Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979 dengan novel Warisan.
  4. Hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip Drama televisen Anjang Aki