Abdullah C.D

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah CD
Butiran peribadi
LahirCik Dat bin Anjang Abdullah
(1923-10-02)2 Oktober 1923
Lambor Kiri, Parit, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia13 Januari 2024(2024-01-13) (umur 100)
Sukhirin, Narathiwat, Thailand
Parti politikParti Komunis Malaya
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
PasanganSuriani Abdullah (k. 1955; m. 2013)
Anak-anak1
KediamanSukhirin, Thailand

Abdullah C.D atau nama sebenarnya, Che Dat bin Anjang Abdullah (juga dieja sebagai Cik Dat Anjang Abdullah;[1] 2 Oktober 1923 – 13 Januari 2024)[2] merupakan seorang ahli Parti Komunis Malaya (PKM).[3] Beliau dilahirkan di Lambor Kanan, Parit, Perak Darul Ridzuan pada 2 Oktober 1923. Seperti juga Rashid Maidin dan Chin Peng, Abdullah juga berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga menjadi ahli Parti Komunis Malaya. Beliau meninggal dunia pada 13 Januari 2024.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Abdullah berasal dari Lambor Kiri, Perak.[2][4] Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah lima Sekolah Melayu Parit, sebelum menyambungkan pelajaran di Sekolah Inggeris Tapah. Kemudian, beliau belajar di Sekolah Inggeris Clifford di Kuala Kangsar setakat darjah tujuh sebelum berhenti apabila Perang Dunia Kedua meletus.[1]

Beliau menyertai Parti Komunis Malaya pada tahun 1948 dan sejak itu berjuang dengan senjata di dalam hutan menentang penjajahan British di Tanah Melayu.[5] Nama Tanah Melayu ditukar nama kepada Malaysia setelah bergabung dengan Sarawak dan Sabah pada tahun 1963.

Abdullah C.D dilantik menjadi Komander Rejimen Ke-10 PKM mengetuai pasukan komunis Melayu bergerak di sekitar kawasan Narathiwat di sempadan Malaysia–Thailand dan di dalam hutan Kelantan, dan menerima arahan secara langsung daripada pemimpin nombor 1, Chin Peng.[6]

Pada tahun 1989, pihak PKM telah meletak senjata dan keluar dari hutan di sempadan Thailand untuk menandatangani perjanjian damai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Haadyai di Hat Yai, Thailand.[7] Selepas perjanjian Perdamaian Haadyai antara pihak kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand, beliau dan kebanyakan anggota PKM termasuk isterinya, Suriani Abdullah, tidak lagi mengikat diri dengan polisi perjuangan bersenjata. Semua senjata simpanan turut dimusnahkan sejajar dengan perjanjian tersebut. Bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng telah datang menemui mereka beberapa hari sebelum rundingan perdamaian itu lalu menyatakan maklum balas daripada ahli-ahli PKM yang sendiri bersetuju sebulat suara untuk menamatkan peperangan. Suriani mendakwa bahawa persetujuan ini ialah penyelesaian terhormat, bukannya penyerahan diri.[1]

Kini, Abdullah menjadi pemimpin kepada 436 orang penduduk di Kampung Banchulabhorn Pattana 12 di daerah Sukhirin, selatan Thailand yang kebanyakannya mengusahakan tanaman getah serta bercucuk tanam untuk menyara kehidupan.[1] Beliau turut memegang kewarganegaraan negara Thai.[8]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada pukul 9.29 pagi 13 Januari 2024 di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Thailand.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Meor Harman Meor Shakri (29 Disember 2002). "Kehidupan baru bekas pengganas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 23 November 2017 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Ishak Saat, Radikalisme Melayu Perak 1945–1970, USM, 2014
  3. ^ Arifin, Latifah (Jan 13, 2024). "Bekas Pengerusi PKM, Abdullah CD meninggal dunia". Berita Harian.
  4. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/amp/category/nation/2024/01/13/former-communist-party-chief-abdullah-cd-dies-at-100/
  5. ^ "Bekas pengerusi PKM Abdullah CD kembali ke rahmatullah". Malaysiakini. 2024-01-13. Dicapai pada 2024-01-13.
  6. ^ The Communist Party of Malaya: the inside story Aloysius Chin -1994 -252 pages
  7. ^ "Di sebalik Rundingan Damai Hat Yai". Utusan Malaysia. 24 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 23 November 2017 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ N Faizal Ghazali; Low, Chia Ming; Syazwana Amir (29 Disember 2019). "Thailand lebih bersungguh tunaikan janji pendamaian - Abdullah CD". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2020. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  9. ^ Nuratikah Athilya Hassan (2024-01-13). "Bekas Pengerusi PKM meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-01-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]