Abdullah Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Ustaz Haji

Abdullah Hussin
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional Johor
Memegang jawatan
5 Januari 2021
PengerusiMuhyiddin Yassin
Didahului olehJawatan diwujudkan
Pesuruhjaya PAS Johor
Memegang jawatan
2019
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehMahfodz Mohamed
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Puteri Wangsa
Dalam jawatan
2013 – 2017
Didahului olehAbdul Halim Suleiman (BN-UMNO)
Digantikan olehMazlan Bujang (PPBM)
Ketua Dewan Ulamak PAS Johor
Dalam jawatan
1997 – 2017
Digantikan olehAzlisham Azahar
Butiran peribadi
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
KediamanJohor Johor
PekerjaanAhli politik, Ulama

Ustaz Abdullah Husin merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota Dewan Negeri Puteri Wangsa, Johor yang bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2013-2018[1].

Di peringkat parti, beliau kini merupakan Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau juga telah memimpin Dewan Ulamak PAS Negeri Johor selama 20 tahun dari 1997 hingga 2017. Semasa menjadi wakil rakyat, Kerajaan Negeri Johor telah melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor.

Selepas kemelut politik Malaysia yang turut menukarkan pentadbiran kerajaan negeri Johor, Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Pulai Sebatang[2]. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Perikatan Nasional negeri Johor[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Editor (27 November 2013). "Chinese Press: Objection against call to close shops for Friday prayer". The Edge Markets. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-13. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  2. ^ Hishyam Husin (6 September 2020). "Pemimpin masyarakat DUN Pulai Sebatang bertemu". Harakahdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  3. ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]