Abdullah II ibn Al-Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abdullah II
King Abdullah II of Jordan portrait.jpeg
Raja Abdullah pada 2020
Raja Jordan
Pemerintahan7 Februari 1999 – kini
Kemahkotaan9 Jun 1999
Didahului olehHussein
Pewaris dahPutera Mahkota Hussein
Perdana Menteri
Keputeraan (1962-01-30) 30 Januari 1962 (umur 58)
Amman, Jordan
PasanganRania Al-Abdullah (née Rania Al-Yassin) (k. 1993)
Anakanda
Butiran
Putera Mahkota Hussein
Puteri Iman
Puteri Salma
Putera Hashem
Nama penuh
Abdullah bin Hussein bin Talal bin Abdullah
KerabatBani Hashim
AyahandaHussein dari Jordan
BondaMuna Al-Hussein
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Abdullah II

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II ibn Al-Hussein (Bahasa Arab: عبدالله الثاني بن الحسين‎, ʿAbdullah al-thani bin Al-Husayn, diputerakan 30 Januari 1962) telah diangkat sebagai Raja Jordan sejak tahun 1999. Baginda tergolong dalam kerabat bani Hashim, yang telah memerintah Jordan sejak tahun 1921 dan mendakwa keturunan agnatik dari puteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah al-Zahra.

Raja Abdullah diputerakan di Amman sebagai paduka anakanda sulung Raja Hussein dengan suri kedua baginda, Puteri Muna yang kelahiran British. Sebagai paduka putera sulung Raja, Abdullah merupakan pewaris dah sehingga Raja Hussein memindah gelaran tersebut kepada paduka ayahanda saudara Abdullah, Putera Hassan, pada tahun 1965. Abdullah memulakan persekolahannya di Amman, melanjutkan pendidikan di luar negara. Baginda memulakan kerjaya tenteranya pada tahun 1980 sebagai seorang pegawai latihan di Angkatan Tentera Jordana, kemudian memegang arahan Pasukan Khas negara pada tahun 1994, dan baginda menjadi mejar jeneral pada tahun 1998. Pada tahun 1993 Abdullah mengahwini Rania Al-Yassin (keturunan Palestin), dan baginda berdua dikurniakan empat orang anakanda: Putera Mahkota Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem. Beberapa minggu sebelum kemangkatan paduka ayahandanya pada tahun 1999, Raja Hussein menamakan Abdullah sebagai pewaris, dan Abdullah menggantikan paduka ayahandanya.

Raja Abdullah, seorang raja berperlembagaan, melonggarkan ekonomi apabila baginda naik takhta, dan pembaharuan baginda membawa kepada kepesatan ekonomi yang bersambung sehingga tahun 2008. Semasa tahun-tahun berikutnya ekonomi Jordan mengalami kesukaran kerana menghadapi kesan krisis ekonomi 2008 dan limpahan daripada kebangkitan dunia Arab, termasuk potongan bekalan petroleum supply and the collapse of trade with neighboring countries. Pada tahun 2011, bantahan berskala besar menuntut pembaharuan terletus di dunia Arab. Banyak bantahan yang membawa kepada perang saudara di negara lain, namun Raja Abdullah bertindak dengan cepat terhadap pergolakan tempatan dengan menggantikan kerajaan dan memperkenalkan pembaharuan kepada perlembagaan dan undang-undang mengawal kebebasan awam dan pilihan raya. Perwakilan berkadar diperkenalkan ke parlimen Jordan dalam pilihan raya umum 2016, suatu langkah yang baginda titah akan akhirnya membawa kepada tertubuhnya kerajaan berparlimen. Pembaharuan ini berlaku di tengah-tengah cabaran yang tidak pernah berlaku dahulu berpunca daripada ketidakstabilan rantau, termasuk kemasukan including 1.4 juta pelarian Syria dengan banyaknya ke negara yang kekurangan sumber semula jadi dan kemunculan Negara Islam Iraq dan Syam (DAESH).

Raja Abdullah terkenal dalam negara dan luar negara kerana mengekalkan kestabilan Jordan, dan dikenali kerana menggalakkan dialog antara agama dan pemahaman sederhana agama Islam. Pemimpin Arab ketiga yang paling lama memerintah, baginda dianggap oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja sebagai orang Islam yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2016.[1] Raja Abdullah ialah penjaga tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmuqaddis, satu jawatan yang dipegang oleh dinasti baginda sejak tahun 1924.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan tm500 tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan dskaojc tidak disediakan

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Robins, Philip (9 February 2004). A History of Jordan. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-59895-8.
  • George, Alan (2 December 2005). Jordan: Living in the Crossfire. Zed Books. ISBN 978-1-84277-471-7.
  • Shlaim, Avi (2009). Lion of Jordan: The Life of King Hussein in War and Peace. Vintage Books. ISBN 9781400078288.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource

Rasmi

Liputan media

Temu bual

Abdullah II ibn Al-Hussein
Tarikh keputeraan: 30 Januari 1962
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Hussein
Raja Jordan
1999–kini
Pemegang jawatan kini
Heir apparent:
Hussein bin Abdullah

Templat:Jordan Kings Templat:Current sovereigns Templat:Jordanian princes Templat:Arab country leaders Templat:Templeton Prize Laureates