Abdullah Jusoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah Jusoh
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Pantai Merdeka
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Shuib Saedin
Digantikan oleh Ali Yahaya
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2010–2008
Menteri BesarAzizan Abdul Razak
Portfolio2008–2009: Pelajaran dan Koperasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2009–2010: Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan
Butiran peribadi
LahirAbdullah bin Jusoh
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Abdullah bin Jusoh ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi DUN Pantai Merdeka dari 2008 hingga 2013 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Dalam tempoh tersebut, beliau pernah dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selama dua tahun pada 2008-2009 dan 2009-2010[1] di bawah pentadbiran Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Pada tahun khidmat 2008-2009, beliau memegang portfolio Pelajaran dan Koperasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi[2], manakala pada tahun khidmat 2009-2010, beliau memegang portfolio Jawatankuasa Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan[3]. Khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tahun berikutnya tidak disambungkan[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dua Muka Baru Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah". mStar. 10 Mac 2010. Dicapai pada 10 September 2022.
  2. ^ "Senarai portfolio dan email MB dan exco-exco Kerajaan Negeri Kedah 2008". Aneroid. 4 April 2008. Dicapai pada 10 September 2022.
  3. ^ a b "Sembilan Exco Kedah dilantik semula". MY ADHA. 4 Mac 2009. Dicapai pada 10 September 2022.