Abdullah Mat Dan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah Mat Dan
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Hulu Besut
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Yaakub Abd. Kadir
Digantikan oleh Nawi Mohamad
Butiran peribadi
LahirAbdullah bin Mat Dan
1946
Meninggal dunia8 Jun 2019
Hospital Besut
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Mata Air, Lubuk Kawah, Besut, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganZubaidah Udin

Abdullah bin Mat Dan (1946–2019) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Terengganu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Hulu Besut dari 1999 hingga 2004 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Abdullah berkahwin dengan Zubaidah Udin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Abdullah meninggal dunia pada 8 Jun 2019 akibat masalah batuk yang berpanjangan, di Hospital Besut[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bekas ADUN Hulu Besut meninggal dunia". Sinar Harian. 9 Jun 2019. Dicapai pada 9 September 2022.