Abdullah Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah bin Samsudin
Kelahiran(1930-10-20)20 Oktober 1930
Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, Malaysia

Leftenan Jeneral (Rtd) Datuk Abdullah bin Samsudin dilahirkan pada 20 Oktober 1930 di Mukim 7, Teluk Air Tawar dekat dengan Masjid Telok Air Tawar. Beliau dianugerahi dua orang cahaya mata iaitu Jafri Malin Abdullah dan Jamal Harim Abdullah dengan hasil kongsi perkahwinan dengan isteri beliau iaitu Datin Norleni binti Mohd Salleh.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Datuk Abdullah bin Samsudin telah mendapat pendidikan awal pada Januari 1936 di Sekolah Rendah Melayu Teluk Air Tawar sehingga September 1940.Selepas itu, beliau melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat menengah di Bukit Mertajam High School [1] pada Januari 1941. Malangnya pada tahun tersebut hingga 1945 beliau terpaksa berhenti buat sementara disebabkan penjajahan askar-askar Jepun. Selepas para regiman askar jepun diusir dari Tanah Melayu, beliau sambung semula pengajian pada tahun 1945 dan tamat pada December 1951].Namun demikian, beliau memilih untuk meninggalkan sekolah pada 20 Mac 1952 dan 2 hari kemudian menaiki keretapi ke Port Dickson untuk menyertai latihan Regimen Melayu pada 25 Mac 1952 serta disenaraikan sebagai pegawai Berpotensi.Pada 29 Julai 1952 beliau dipindahkan untuk menjalanji latihan di Federation Regiment dibawah Gerald Templer antara 12 pelatih terbaik di PRE OCTU Wing Port Dickson.Pada 24 April 1953 beliau meningkatkan lagi ilmu ketenteraan di luar Negara yang terletak di Eaton Hall,Officer Cadet School,(OCS) Chester,England.Selepas itu, beliau mendaftarkan diri di Royal Military Academy, Sandhurst pada 9 hb September 1953 dan tamat pada 5 Februari 1955.

Masalah komunis di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rashid Maidin dan Chin Peng daripada Parti Komunis Malaya telah menjadi masalah kepada keamanan di Malaysia pada tahun tujuh puluhan.Datuk Abdullah bin Samsudin semasa menjadi ketua tentera di Sungai Petani,Kedah bertungkus lumus cuba mematahkan aktiviti komunis pada masa itu.

Pengalaman profesional[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 3 Ogos 1955,beliau memulakan karier di Ibu Pejabat Federation Regiment di Butterworth,Pulau Pinang sehingga 27 Ogos 1955 dengan dinaikkan pangkat sebagai Liutenant. Pada 22 Februari 1958, beliau bertugas di Sg.Udang,Melaka dan dinaikkan pangkat sebagai Kapten pada 22 Ogos 1959. Selepas itu, beliau bertugas di MINDEF . Kemudian, beliau bertolak ke Utter Pradesh di Indian Army Infantry School pada 3 April 1961 sehingga 1 Julai 1961. Setahun kemudian pada 1 Oktober, beliau melaksanakan tugas sebagai DAA QMG 3 FED,Inf. BDE, Malayan Special Force (MSF).Pada 22 Ogos 1963, dengan limpah rezeki daripada Allah S.W.T, beliau dinaikkan pangkat sebagai Major. Pada 7 Januari 1966, Datuk Abdullah menghadiri Kursus Pegawai Atasan Antarabangsa di Kem Tentera U.S.A di Maryland. Selepas itu pada 1 JAN 1974 SEHINGGA 25 DIS 1976 , beliau berkhidmat di Kuching,Sarawak untuk mengambil alih sebagai Command of HQ 3 MIB daripada BRIG JEN HASSAN BIN MOHD SALLEH.Pada tahun 1 Jun di tahun yang sama beliau diarahkan berkhidmat di HQ8 Bde di Kota Bharu,Kelantan. Beliau telah mendapat anugerah ‘Setia Diraja Kedah’ di Balai Rong Sri,Alor Setar pada 21 Januari 1975. Selepas itu pada 1 Januari 1979 beliau dinaikkan pangkat sebagai Mej.General dan pada 6 Jun 1980 Datuk Abdullah dipilih sebagai Commander of Task Force II Exercise Gonzales IV. Bermula pada 21 Februari 1981 sehingga 7 Mac 1981, beliau bertindak untuk mengarah Exercise Gonzales VI di Sabah. Pada 24 Januari 1983, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Leftenan General dan mendapat lawatan kehormatan untuk Panglima Setia Angkatan Tentera .

Penglibatan Dalam Menentang Ancaman Parti Komunis Malaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menyandang jawatan selaku Panglima 8 Bridgade pada tahun 1977 dan 1978 di Kelantan. Dalam kerjasama antara Malaysia dan negara Thailand menentang PKM, buat pertama kalinya pihak Tentera Thai bersetuju dan membenarkan Tentera Malaysia beroperasi dalam wilayah Narathiwat,Thailand.

Pada 7 Julai 1977 sehingga 28 Julai 1977, Operasi Cahaya Bena II bermula dan beliau dibenarkan untuk mendirikan Markas Taktikal di Rong Rian Nikhon Weng bersama Markas Tentera Thai.

Tujuan utama 8 Brigade ialah untuk menghapuskan Regimen 10, PKM tetapi pihak tentera Thai tidak bersetuju dengan alasan agama Buddha melarang penganutnya membunuh orang lain.Dalam masa yang sama, pihak tentera Thai bersetuju tentera Malaysia menembak meriam dahulu ke atas sasaran.Semasa kem Regimen ke 10 ditawan di kawasan Bukit Batu Batong,beliau telah memasuki ke dalam kem tentera tersebut bagi menjalankan kajian dan pemeriksaan.Ketika itu, beliau melarang sama sekali anggota tentera masuk bersamanya untuk mengelak dari bahaya jerangkap samar.

Walaupun Regimen itu terdiri daripada orang Melayu, beliau tidak menjumpai tempat solat,Al-Quran dan apa-apa yang berkaitan dengan ajaran agama Islam. Bahkan ada risalah-risalah dalam tulisan jawi tetapi semuanya berkaitan ajaran komunis. Terdapat juga buku merah Mao Tze Tong dan buku nyanyian Komunis dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa anggota Regimen ke 10 tidak mempraktiskan agama Islam dalam kem tersebut. Apabila Parti Komunis Malaya bersetuju meletak senjata, para ahli PKM telah sedar atas kesalahan mereka tetapi malu untuk mengakui perbuatan mereka dan berusaha menaikkan semangat dan menulis memoir untuk mengagungkan dasar perjuangan mereka.

Penglibatan Dalam Menguruskan pelarian daripada Negara Vietnam[sunting | sunting sumber]

Pelarian IndoChina adalah gelaran yang diberikan pada tahun 1975 oleh UHCR.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dengan bantuan UNHCR telah menguruskan pelarian ini semenjak 1976.Kerjasama yang erat diantar Task force V11,pihak immigrasi dan Kastam Malaysia serta pihal polis dimulakan di Pulau Perhentian dimana 50,000 pelarian di proseskan sehinggakan pada tahun 1995 memorundum sefahaman ditandatangani diantara Vietnam,Malaysia dan UNHCR supaya mereka yang bukan dianggap pelarian dihantar semula ke Vietnam.Lt Gen Datuk Abdullah telah menjadi Pengarah Pasukan National task force ini pada tahun 1983/84 dan selepas itu mulai 1986 ke 1988 Assitantance Secretary General Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan sekali lagi daripada 1994 hingga 1999.Belai dukurniakan MRCS Excellent Service Medal dalam tahun 2006 dan distinguish Medal pada 8hb May 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]