Pergi ke kandungan

Abdullah Sani Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang Berbahagia Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid (lahir 15 Februari 1962) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kapar selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Ahli Parlimen Kuala Langat selama dua penggal (2008-2018).

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid aktif sebagai seorang ahli politik, aktivis buruh dan tokoh kesatuan sekerja Malaysia. Beliau kini merupakan Pengerusi TEKUN Nasional dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat serta Ahli Parlimen Kapar di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dilahirkan di Perak, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah King Edward VII, Taiping. Beliau memiliki Diploma dalam Undang-Undang dan Ijazah Sarjana dalam Sains Politik. Dengan latar belakang yang kukuh sebagai aktivis politik dan ahli kesatuan sekerja, beliau telah lama terlibat dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di mana beliau memainkan peranan penting dalam memperjuangkan reformasi buruh dan hak pekerja di peringkat nasional. https://www.malaysiakini.com/news/359262,

Beliau mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Halimah Sahat. Salah seorang daripadanya, Noor Atillah Dato’ Abdullah Sani,[1] yang juga dikenali sebagai Atillah Sani di media sosial, aktif dalam bidang politik. Beliau kini berkhidmat sebagai Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bagi penggal 2025–2028, selepas memperoleh undi kedua tertinggi dalam pemilihan parti.[2] [3]

Dato’ Abdullah Sani mula menyertai politik secara aktif melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan terpilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat dalam Pilihan Raya Umum 2008, apabila menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN). Beliau mempertahankan kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti yang lebih besar. Pada tahun yang sama, beliau turut dipilih sebagai Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Beliau merupakan antara tokoh penting dalam Langkah Kajang 2014, iaitu satu strategi politik dalaman PKR bagi menggantikan Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Dalam Pilihan Raya Umum 2018, Dato’ Abdullah Sani berpindah untuk bertanding di kerusi Parlimen Kapar atas tiket PKR dan berjaya memenangi kerusi tersebut. Namun, dalam Pilihan Raya Umum 2022, beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Halimah Ali, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) dari tahun 2008 hingga 2014.

Abdullah Sani Abdul Hamid
DPSN (Pulau Pinang)
Pengerusi TEKUN Nasional
Menyandang jawatan
Mac 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriEwon Benedick
TimbalanMohd Sany Hamzan
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kapar
Dalam jawatan
2018–2022
Didahului oleh Manivannan Gowindasamy
Digantikan oleh Halimah Ali
Majoriti16,306 (PRU-14)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuala Langat
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Shafie Salleh
Digantikan oleh Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Majoriti5,358 (PRU-13)
989 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir15 Februari 1962
(63 tahun)
Taiping Perak
Parti politik Parti Keadilan Rakyat

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid PH (PKR) 53,969 Halimah Ali PN (PAS) 65,751 11,782
Muhammad Noor Azman BN (UMNO) 35,079
Daroyah Alwi PBM 1,474
Mohd Pathan Husin BERJASA 1,015
Sivalingam BEBAS (GAJAH) 477
Rahim Awang WARISAN 265
2018 Abdullah Sani Abdul Hamid PH (PKR) 47,731 Abdul Rani Osman PAS 31,425 16,306
Mohana Muniandy Raman BN (MIC) 26,412
Manikavasagam Sundaram PRM 525
2013 Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid PKR 40,983 Sharuddin Omar BN (UMNO) 35,625 5,358
KS Kottapan BEBAS 425
2008 Abdullah Sani Abdul Hamid PKR 26,687 Sulaiman Mohd Karli BN (UMNO) 25,698 989

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1999 Pandan Abdullah Sani Abdul Hamid KeADILan 12,333 Mad Aris Mad Yusof BN (UMNO) 14,367 2,034