Abdur Rahman Biswas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdur Rahman Biswas
আবদুর রহমান বিশ্বাস
Fail:Abdur Rahman Biswas.jpg
Presiden Bangladesh ke-11
Dalam jawatan
10 Oktober 1991 – 9 Oktober 1996
Perdana MenteriKhaleda Zia
Muhammad Habibur Rahman (memangku)
Sheikh Hasina
Didahului olehShahabuddin Ahmed (memangku)
Digantikan olehShahabuddin Ahmed
Butiran peribadi
Lahir(1926-09-01)1 September 1926
Shaistabad, Barisal, Bengal Presidency, British India[1]
Meninggal dunia3 November 2017(2017-11-03) (umur 91)
Dhaka, Bangladesh
Parti politikBangladesh Nationalist Party
PasanganHosne Ara Rahman (?–2017)
Alma materUniversiti Dhaka

Abdur Rahman Biswas (1 September 1926 – 3 November 2017) merupakan ahli politik Bangladesh yang juga merupakan Presiden Bangladesh yang ke-11 dari tahun 1991 sehingga 1996. Sebelum kemerdekaan Bangladesh, beliau juga pernah mewakili Pakistan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Biswas dilahirkan di perkampungan Shaistabad, wilayah Barisal.[2] Beliau mendapat pendidikan di Universiti Dhaka.[3] Perkhidmatan awamnya yang berikutnya termasuk mempengerusikan bank koperasi tempatan dan menaja inisiatif pendidikan.[1] Beliau menyertai kerjaya undang-undang pada tahun 1950-an. Beliau telah dipilih menjadi presiden Persatuan Peguam Barisal sebanyak dua kali pada tahun 1970-an dan bekerja sebagai peguam Mahkamah Agung.[4]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Biswas memulakan kerjaya politiknya apabila menyertai Liga Muslim ketika pemerintahan Muhammad Ayub Khan. Beliau telah dipilih untuk mewakili Dewan Undangan Pakistan Timur pada tahun 1962 dan 1965.[4] Pada tahun 1967, beliau mewakili Pakistan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[1] Beliau turut menjadi pengerusi "Barisal Municipality" pada tahun1977. Beliau menjadi ahli Parlimen dalam Pilihan raya Bangladesh 1979.[1] Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Tekstil dan Rami di bawah Presiden Ziaur Rahman, dan kemudiannya menjadi Menteri Kesihatan di bawah Presiden Abdus Sattar. Beliau juga menjadi timbalan pengerusi Bangladesh Nationalist Party.[4] Beliau kemudian dipilih dalam pilihan raya 1991 dan kemudiannya dipilih menjadi Speaker Parlimen.[5] Beliau menjadi Presiden Bangladesh yang ke-11 pada 10 September pada tahun yang sama.[4]

Sebagai Presiden, Biswas banyak menghabiskan masa untuk membaca dan bertemu dengan para tokoh terkemuka termasuk ahli fisioterapi yang juga penerima Hadiah Nobel, Abdus Salam; Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif; Perdana Menteri Nepal, Jigme Singye Wangchuck; Raja Bhutan dan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Bin Mohamad.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Biswas mengahwini Hosne Ara Rahman (1936 – 17 Jun 2017)[6] sepupu ahli politik, Rashed Khan Menon.[4] Mereka dikurniakan lima orang anak lelaki iaitu Monu Biswas, Ehteshamul Haque Nasim (m. 1998), Shamsuddoza Kamal Biswas, Jamilur Rahman Shibli Biswas, dan Muidur Rahman Romel Biswas, serta dua orang anak perempuan iaitu Akhi Biswas dan Rakhi Biswas.[4][7][8]

Biswas telah meninggal dunia pada 3 November 2017 di sebuah hospital di Dhaka akibat masalah pernafasan dan beliau meninggal dunia di usia 91 tahun.[9][10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Ahmed, Helal Uddin (2012). "Abdur Rahman Biswas". Dalam Islam, Sirajul; Jamal, Ahmed A. (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (ed. Second). Asiatic Society of Bangladesh.
  2. ^ "Former Presidents". Bangabhaban. Office of the President of Bangladesh. Dicapai pada 25 October 2016.
  3. ^ "Honourable President Abdur Rahman Biswas". Bangabhaban. Office of the President of Bangladesh. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-25. Dicapai pada 25 October 2016.
  4. ^ a b c d e f "Former Bangladesh president Abdur Rahman Biswas dies at 91". bdnews24.com. 2017-11-03. Dicapai pada 2017-11-04.
  5. ^ Liton, Shakhawat. "Khaleda follows in BNP founder Ziaur Rahman's footsteps". The Daily Star. Dicapai pada 27 June 2015.
  6. ^ http://bangladeshnewsgazette.com/former-president-abdur-rahman-biswass-wife-passes-away/
  7. ^ "Ex-president Abdur Rahman Biswas dies". Prothomalo. 3 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 3 November 2017.
  8. ^ "Ex-president Biswas passes away". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-04. Dicapai pada 2017-11-05.
  9. ^ "President Abdur Rahman Biswas Dies at 91". Dhaka Tribune. 3 November 2017. Dicapai pada 3 November 2017.
  10. ^ "President Abdur Rahman Biswas Dies at 91". BDNews24. 3 November 2017. Dicapai pada 3 November 2017.
  11. ^ "Former President Abdur Rahman Biswas passes away" (dalam bahasa Inggeris). Bangladesh Sangbad Sagstha. 2017-11-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-03. Dicapai pada 2017-11-04.