Pergi ke kandungan

Abhilash Chandra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abhilash Chandra
Kelahiran
PekerjaanPenulis skrip, pengarah, penerbit
Tahun aktif2013–kini

Abhilash Chandra merupakan seorang penulis skrip, pengarah dan penerbit Malaysia berketurunan India Malaysia. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya, Blood Brothers: Bara Naga bersama-sama Syafiq Yusof.[1]

Filem ini melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34. Beliau muncul sebagai salah seorang tenaga kreatif penting dalam industri filem aksi Malaysia, terutamanya melalui penglibatanya dalam francais Polis EVO dan kerjayaan filem Blood Brothers: Bara Naga

Kehidupan Awal

[sunting | sunting sumber]

Abhilash menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Pulau Carey sebelum berpindah ke beberapa kawasan seperti Sitiawan dan Tanjung Karang akibat perkejaan bapanya dalam industri perladangan kelapa sawit. Ketikaa bapanya dipindahkan ke Indonesia, keluargaya menetap di Klang bersama datuk dan neneknya.

Abilash mempunyai ijazah dalam jurusan undang-undang. Kerana minat dalam perfileman, beliau juga melanjutkan pelajaran ke Tisch School of the Arts, New York University (kampus Singapura) untuk mempelajari asas teknikal dan penceritaan filem

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Penulis skrip Pengarah Penerbit
2013 The Harvester Cerita Ya Ya Filem pendek
Pigs Tidak Tidak Ya
2014 Spirit from the Meadow Tidak Tidak Ya
2016 Departures Ya Tidak Ya
2017 Cahaya Terakhir Ya Ya Tidak
Brave Ya Ya Tidak
2018 Polis EVO 2 Tidak Tidak Ya Penerbit bersekutu
2019 Cargo Ya Ya Ya Filem pendek
2023 Polis EVO 3 Ya Tidak Tidak
2024 The Experts Ya Tidak Ya Penerbit bersekutu
2025 Blood Brothers: Bara Naga Ya Ya Ya Penerbit bersama
Qifarah Tidak Tidak Penyelia
TBA Blood Brothers: Perang Naga Ya Ya Ya Penerbit bersama, Pra-produksi

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya Keputusan
2025 Festival Filem Malaysia ke-34 Pengarah Terbaik (bersama Syafiq Yusof) Blood Brothers: Bara Naga Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]