Abhimanyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abhimanyu
Uttara Abhimanyu.jpg
Uttara merayu dengan Abhimanyu semasa beliau bersiap sedia untuk berperang
PasanganUttarā
AnakParikshit
Ibu bapa
Arjuna (bapa)
Subhadra (ibu)

Abhimanyu (Bahasa Sanskrit: अभिमन्यु abhimanyu) ialah anak Arjuna dan Subhadra dan cerita kehidupannya terdapat dalam Mahabharata sebuah epik Hindu. Beliau sepupu Dewa Krishna dan berkahwin dengan Uttarā, puteri Matsya. Abhimanyu terbunuh pada hari ke-13 Peperangan Kurukshetra. Anak lelakinya, Parikshit dilahirkan selepas kematian beliau dalam perang tersebut.

Abhimanyu mewarisi keberanian serta ketangkasan tempur bapanya, Arjuna, dan datuknya, Dewa Indra. Beliau dikira setaraf dengan bapanya oleh sebab ketangkasannya. Abhimanyu terlibat dengan peperangan Mahabharata war semasa berusia 16 tahun. Semasa perang Mahabharata, Abhimanyu berjaya menewaskan beberapa pejuang ulung seperti Drona, Karna, Shalya, Kripa, Ashwatthama, Duryodhana dan Dushasana.

Abhimanyu ialah seorang yang paling ternama dalam kalangan Pandava dan Kaurava generasinya. Ekoran kebaikan dan kebolehannya, beliau dianggap sebagai pewaris yang paling baik buat takhta Hastinapur. Anak lelaki Abhimanyu, Parikshit, waris tunggal empayar Pandava menggantikan Yudhisthira di atas takhta.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.