Aksara Adlam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abjad Adlam)
Aksara Adlam
𞤀𞤣𞤤𞤢𞤥
"Adlam" dalam aksara Adlam
Jenis
BahasaFula
PenciptaIbrahima Barry dan Abdoulaye Barry
Tempoh masa
1989-kini[1]
Arah tulisKanan-ke-kiri
ISO 15924Adlm, 166
Alias Unikod
Adlam
U+1E900–U+1E95F

Aksara Adlam ialah aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Fula.[2] Nama Adlam ialah akronim yang diperolehi daripada empat huruf pertama abjad (A, D, L, M), yang bererti "alkule Dandayɗe Leñol Mulugol" (𞤀𞤤𞤳𞤵𞤤𞤫 𞤁𞤢𞤲𞤣𞤢𞤴𞤯𞤫 𞤂𞤫𞤻𞤮𞤤 𞤃𞤵𞤤𞤵𞤺𞤮𞤤[3], "aksara yang melindungi bangsa daripada lenyap"). Ia adalah salah satu daripada pelbagai aksara pribumi yang dibangunkan untuk bahasa tertentu di Afrika Barat.[4]

Aksara Adlam disokong dalam sistem pengendalian Android dan Chrome milik Google. Terdapat juga ap Android untuk menghantar SMS menggunakan aksara Adlam dan untuk mempelajari aksara tersebut.[5] Dalam komputer yang menggunakan Microsoft Windows, aksara Adlam disokong terasalnya bermula dengan Windows 10 gubahan 1903, yang dikeluarkan pada Mei 2019. Dalam macOS, aksara Adlam disokong terasalnya bermula dengan Ventura pada tahun 2022.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Akronim ADLaM

Ketika zaman remaja pada akhir 1980-an, adik-beradik Ibrahima Barry dan Abdoulaye Barry mencipta aksara alfabet untuk menulis bahasa Fula.[3][6] Selepas beberapa tahun pembangunan, ia mula diterimapakai secara meluas dalam kalangan masyarakat Fula, dan kini diajar bukan sahaja secara serantau di Guinea, Nigeria, dan Liberia, malah sehingga ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Huruf[sunting | sunting sumber]

Aksara Adlam mempunyai kedua-dua huruf besar dan huruf kecil. Ia ditulis dari kanan ke kiri.[7]

Huruf besar Huruf kecil Rumi Arab Nama huruf[3] AFA[8]
𞤀 𞤢 a ا a a
𞤁 𞤣 d د da d
𞤂 𞤤 l ل la l
𞤃 𞤥 m م ma m
𞤄 𞤦 b ب ba b
𞤅 𞤧 s س sa s
𞤆 𞤨 p pa p
𞤇 𞤩 ɓ (bh) bha ɓ
𞤈 𞤪 r ر ra r/ɾ
𞤉 𞤫 e è e
𞤊 𞤬 f ف fa f
𞤋 𞤭 i i i
𞤌 𞤮 o ö ɔ
𞤍 𞤯 ɗ (dh) dha ɗ
𞤎 𞤰 ƴ (yh) yha ʔʲ
𞤏 𞤱 w و w
𞤐 𞤲 n, mana-mana sengauan hujung sukukata ن na n
𞤑 𞤳 k ك ka k
𞤒 𞤴 y ي ya j
𞤓 𞤵 u ou u
𞤔 𞤶 j ج dja
𞤕 𞤷 c tcha
𞤖 𞤸 h ح ha h
𞤗 𞤹 ɠ (q) ق gha q
𞤘 𞤺 g ga ɡ
𞤙 𞤻 ñ (ny) gna ɲ
𞤚 𞤼 t ت ta t
𞤛 𞤽 ŋ (nh) nha ŋ
Tambahan: untuk bahasa lain atau kata pinjaman
𞤜 𞤾 v va v
𞤝 𞤿 x (kh) خ kha x
𞤞 𞥀 ɡb gbe ɡ͡b
𞤟 𞥁 z ذ zal z
𞤠 𞥂 kp kpo k͡p
𞤡 𞥃 sh ش sha ʃ

Huruf-huruf tersebut didapati samada bercantum serupa dengan aksara Arab atau tunggal - bentuk bercantum biasanya digunakan dalam gaya kursif; bagaimanapun, bentuk tunggal atau blok juga digunakan terutamanya untuk kandungan pendidikan.[9]

Diakritik[sunting | sunting sumber]

Aksara Adlam mempunyai beberapa diakritik. Pengubahsuai 'konsonan' digunakan untuk mendapatkan konsonan tambahan, kebanyakannya daripada bahasa Arab, serupa dengan cth s > š dalam aksara Rumi.

Diakritik Penerangan
◌𞥄 'ā' panjang; boleh diletakkan di atas huruf 'a', yang menjadi 'ā' hanya mengambil diakritik yang berbeza daripada vokal lain, atau di atas konsonan, yang menjadikan huruf alif tidak ditulis sama sekali
◌𞥅 vokal panjang (untuk vokal kecuali alif)
◌𞥆 konsonan panjang (geminasi)
◌𞥇 hentian glotis, hamza (diletakkan di atas antara konsonan dan vokal berikutnya)
◌𞥈 pengubahsuai konsonan (lihat jadual di bawah)
◌𞥉 konsonan panjang terubahsuai
◌𞥊 titik (lihat jadual di bawah)
𞥋 Digunakan antara n dan konsonan lain untuk menunjukkan bahawa mereka membentuk konsonan prasengauan

Penggunaan pengubahsuai konsonan:

Hruf Adlam dengan pengubahsuai Huruf Arab yang sepadan
𞤧𞥈 ص
𞤣𞥈 ض
𞤼𞥈 ط
𞤶𞥈 ظ
𞤢𞥈 ع
𞤺𞥈 غ
𞤸𞥈 ه

Penggunaan titik untuk mewakili bunyi yang dipinjam daripada bahasa Arab:

Huruf Adlam dengan titik Huruf Arab yang sepadan
𞤧𞥊 ث
𞤶𞥊 ز

Penggunaan titik dengan huruf asli:

Huruf Adlam dengan titik Sebutan
𞤫𞥊 e, berbanding dengan è atau ɛ; titik di atas
𞤫𞥊𞥅 e panjang; titik di bawah dan pemanjang vokal di atas
𞤮𞥊 o, berbanding dengan ɔ
𞤮𞥊𞥅 o panjang, titik di bawah dan pemanjang vokal di atas

Angka[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan aksara Arab, angka Adlam menghala ke arah yang sama (kanan ke kiri) seperti huruf-hurufnya, seperti dalam aksara N'Ko.

Adlam Arab-India
𞥐 0
𞥑 1
𞥒 2
𞥓 3
𞥔 4
𞥕 5
𞥖 6
𞥗 7
𞥘 8
𞥙 9

Tanda baca[sunting | sunting sumber]

Tanda baca Adlam adalah seperti tanda baca Rumi Sepanyol kerana terdapat bentuk awal dan akhir tanda tanya dan tanda seru, yang diletakkan sebelum dan selepas klausa atau frasa yang dipersoalkan atau diseru.

Adlam Rumi
. .
,
: :
;
𞥟 … 𞥟 ¿… ?
𞥞 … 𞥞 ¡… !

Tanda sempang digunakan untuk pemecahan perkataan, dan terdapat kedua-dua tanda kurungan dan kurungan berganda.

Unikod[sunting | sunting sumber]

Aksara Adlam telah ditambahkan pada Piawaian Unikod pada Jun 2016 dengan keluaran gubahan 9.0. Blok Unikod untuk aksara Adlam ialah U+1E900–U+1E95F:

Aksara Adlam[1][2]
Carta kod rasmi Konsortium Unikod (PDF)
  0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+1E90x 𞤀 𞤁 𞤂 𞤃 𞤄 𞤅 𞤆 𞤇 𞤈 𞤉 𞤊 𞤋 𞤌 𞤍 𞤎 𞤏
U+1E91x 𞤐 𞤑 𞤒 𞤓 𞤔 𞤕 𞤖 𞤗 𞤘 𞤙 𞤚 𞤛 𞤜 𞤝 𞤞 𞤟
U+1E92x 𞤠 𞤡 𞤢 𞤣 𞤤 𞤥 𞤦 𞤧 𞤨 𞤩 𞤪 𞤫 𞤬 𞤭 𞤮 𞤯
U+1E93x 𞤰 𞤱 𞤲 𞤳 𞤴 𞤵 𞤶 𞤷 𞤸 𞤹 𞤺 𞤻 𞤼 𞤽 𞤾 𞤿
U+1E94x 𞥀 𞥁 𞥂 𞥃 𞥄 𞥅 𞥆 𞥇 𞥈 𞥉 𞥊 𞥋
U+1E95x 𞥐 𞥑 𞥒 𞥓 𞥔 𞥕 𞥖 𞥗 𞥘 𞥙 𞥞 𞥟
Catatan
1. Setakat Unikod gubahan 14.0
2. Kawasan kelabu menandakan titik kod nirumpuk

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bach, Deborah; Lerner, Sara (July 29, 2019). "Adlam Comes Online". Microsoft. Dicapai pada August 18, 2019.
  2. ^ Dalby, Andrew (1998). Dictionary of Languages. Columbia University Press.
  3. ^ a b c Everson, Michael (28 October 2014). "N4628R: Revised proposal for encoding the Adlam script in the SMP of the UCS" (PDF). Dicapai pada 22 June 2016.
  4. ^ Unseth, Peter. 2011.
  5. ^ Winden Jangen Adlam: Cellphone Applications
  6. ^ Waddell, Kaveh (16 November 2016). "The Alphabet That Will Save a People From Disappearing". The Atlantic.
  7. ^ "Can an alphabet save a culture?". Microsoft Unlocked (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-26.
  8. ^ "Adlam alphabet". skyknowledge.com. Dicapai pada 2019-08-08.
  9. ^ "Adlam/Pular script notes". r12a.github.io.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]