Abjad Uyghur Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Old Uyghur alphabet
Uighur native name.svg
Jenis Abjad/Alphabet
Bahasa Old Uyghur, Western Yugur
Tempoh masa ca.700s–1800s
Sistem tulisan Induk
Nota: Muka ini mungkin mengandungi simbol fonetik IPA.
Abjad Uyghur Lama (Bahasa Cina: 回鹘文字母; pinyin: Huíhúwén zìmǔ) telah digunakan untuk menulis bahasa Uyghur Lama, satu jenis bahasa Turki Lama yang dipertuturkan di Turfan dan Gansu yang menjadi leluhur |bahasa Yugur moden. Istilah "Uyghur Lama" yang digunakan bagi abjad ini mengelirukan disebabkan kerajaan Qocho menggunakan abjad Turki Lama dan hanya menerima pakai tulisan ini yang digunakan penduduk tempatan apabila mereka berhijrah ke Turfan selepas tahun 840.[1] Ia merupakan adaptasi abjad Sogdia yang digunakan dalam teks-teks Buddhisme, Manichaeisme dan Kristian bagi tahun 700 - 800 di Turpan. Manuskrip terakhir dikenali bertarikh kurun ke-18. Ini adalah prototaip bagi tulisan Mongol dan abjad Manchu. Abjad Uyghur Lama dibawa ke Mongolia oleh Tata-tonga.

Di Asia Tengah orang Uyghur memandang tulisan Cina sebagai tulisan yang "sangat unggul" jadi apabila mereka memajukan abjad Uyghur Lama yang berdasarkan tulisan Suryani, mereka perlahan-lahan mengubahnya kepada menegak seperti tulisan Cina daripada kedudukan asalnya yang melintang dalam tulisan Suryani.[2]

Seperti abjad Sogdia, abjad Uyghur Lama lebih cenderung untuk menggunakan matres lectionis bagi vokal panjang sebagaimana bagi vokal pendek. Amalan penandaan vokal pendek ditinggalkan hampir sepenuhnya.[3] Dengan itu, memandangkan ia diterbitkan daripada abjad Semitik, abjad Uyghur Lama dapat dikatakan bahawa kebanyakannya "diabjadkan".[4]

Uighur vert.gif

Galleri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sinor, D. (1998), "Chapter 13 - Language situation and scripts", dalam Asimov, M.S.; Bosworth, C.E., History of Civilisations of Central Asia, 4 part II, UNESCO Publishing, m/s. 333, ISBN 81-208-1596-3 
  2. ^ Gorelova 2002, m/s. 49.
  3. ^ Clauson, Gerard. 2002. Studies in Turkic and Mongolic linguistics. P.110-111.
  4. ^ Houston, Stephen D. 2004. The first writing: script invention as history and process. P.59

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:List of writing systems