Abolisionisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abolisionisme ialah gerakan untuk menamatkan perdagangan hamba dan membebaskan hamba di Eropah dan Amerika. Sistem hamba tidak begitu mendapat tentangan hingga abad ke-18, apabila pemikir rasionalis Kesedaran mengkritik sistem ini kerana melanggar hak asasi manusia, dan Quaker serta kumpulan agama lain mengutuknya sebagai bertentangan dengan ajaran Kristian. Walaupun sentimen anti-perhambaan merebak menjelang akhir abad ke-18, ia tidak mempunyai kesan serta merta ke atas pusat perhambaan - Hindia Barat, Amerika Selatan, dan Selatan Amerika Syarikat. Pengimportan hamba-hamba Afrika diharamkan di koloni British pada tahun 1807, dan di Amerika Syarikat pada tahun 1808. Di Hindia Barat British, perhambaan dimansuhkan pada tahun 1827 dan di jajahan Perancis 15 tahun kemudian.