Abraham Lincoln

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abraham Lincoln
Abraham Lincoln O-77 matte collodion print.jpg
Presiden Abraham Lincoln pada November 1863

Tempoh jawatan
4 Mac 1861 – 15 April 1865
Naib Presiden Hannibal Hamlin (1861–1865)
Andrew Johnson (1865)
Didahului oleh James Buchanan
Diganti oleh Andrew Johnson

Ahli Dewan Perwakilan A.S.
dari daerah ke-7 Illinois
Tempoh jawatan
4 Mac 1847 – 3 Mac 1849
Didahului oleh John Henry
Diganti oleh Thomas L. Harris

Ahli
Dewan Perwakilan Illinois
Tempoh jawatan
1834–1842

Lahir (1809-02-12)12 Februari 1809
Sinking Spring Farm,
dekat Hodgenville, Kentucky, A.S.
Meninggal dunia 15 April 1865(1865-04-15) (umur 56)
Rumah Petersen,
Washington, D.C., A.S.
Persemadian Makam Lincoln, Perkuburan Oak Ridge Cemetery,
Springfield, Illinois, A.S.
Parti politik Whig (1834–1854)
Republikan (1854–1865)
Sekutu politik
yang lain
Kesatuan Kebangsaan (1864–1865)
Pasangan Mary Todd
(kahwin 1842) «start: (1842-11-04)»"Marriage: Mary Todd
to Abraham Lincoln
"
Location:
(linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Abraham_Lincoln)
Anak Robert Lincoln
Edward Lincoln
Willie Lincoln
Tad Lincoln
Profesion Peguam, ahli politik
Tandatangan
Khidmat ketenteraan
Menyertai  Amerika Syarikat
 Negeri Illinois
Khidmat/cawangan Illinois Militia
Tempoh berkhidmat 3 bulan
(21 April 1832 – 10 July 1832)
Pangkat
  • Kapten
    (21 April 1832 – 27 Mei 1832)
  • Prebet
    (28 Mei 1832 – 10 Julai 1832)

OBS:. Dilepaskan dari perintahnya dan disenaraikan sebagai Prebet.

Pertempuran/perang Perang Black Hawk

Abraham Lincoln (12 Februari 180915 April 1865) ialah seorang ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat ke-16. Beliau berkhidmat sebagai presiden dari tahun 1861 hingga 1865, semasa Perang Saudara Amerika. Hanya lima hari selepas kebanyakan pasukan Konfederasi menyerah dan perang berakhir, John Wilkes Booth membunuh Lincoln. Lincoln adalah presiden pertama Amerika Syarikat yang dibunuh. Lincoln telah dikenang sebagai "Great Emancipator" kerana usahanya membebaskan hamba di Amerika Syarikat.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lincoln dilahirkan di sebuah pondok kayu di pinggir Nolin Creek, Kentucky. Pondok itu mempunyai sebuah pintu, sebuah tingkap, sebuah cerobong, lantai lumpur dan luasnya besar sedikit sahaja daripada sebuah bangsal. Keluarganya sangat miskin.[1] Bapanya, Thomas Lincoln adalah seorang peladang dan ibunya bernama Nancy Hanks. Bapanya ialah seorang yang peramah dan suka bergaul. Beliau ialah seorang petani miskin yang membanting tulang di bumi Kentucky untuk meraih hasil yang tidak menentu. Keluarga itu tidak tinggal lama di Nolin Creek. Tanah pinggir sungai di Knob Creek lebih subur lagi. Lantas keluarga Lincoln berpindah ke sana. Ketika Lincoln berusia tujuh tahun, mereka berpindah lagi, kali ini ke wilayah terbaru di Amerika Syarikat iaitu Indiana.[2]

Pada tahun 1818, sewaktu Lincoln berusia sembilan tahun, keluarganya ditimpa bencana. Akibat hidup yang perit di perbatasan, ibunya meninggal dunia. Tanpa Nancy, keluarga tersebut lama-kelamaan menjadi kucar-kacir, kotor dan sengsara. Setahun kemudian, Thomas berkahwin dengan seorang janda bernama Sarah Bush Johnston atau nama panggilannya Sally. Sally sangat baik hati dan suka bergaul dengan Lincoln.

Abraham Lincoln kadang kala dipanggil Abe Lincoln atau "Abe Jujur" selepas beliau berlari beberapa batu untuk memberi seorang pelanggan jumlah wang kecil yang tepat. Nama panggilan "Abe Jujur" datang dari satu masa apabila beliau memulakan perniagaannya yang gagal. Daripada melarikan diri seperti orang ramai, beliau tinggal dan bekerja untuk membayar hutangnya.[3]

Kerjaya awal politik[sunting | sunting sumber]

Lincoln memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1832 apabila beliau mencalonkan diri untuk perwakilan di Illinois, tetapi gagal dalam pilihan raya. Beliau berkhidmat sebagai kapten tentera semasa Perang Black Hawk, iaitu perang menentang kaum pribumi Amerika. Apabila beliau berpindah ke Springfield, beliau mula bekerja sebagai peguam. Tidak lama kemudian, Lincoln menjadi seorang peguam yang sangat dihormati di Illinois.[4][5] Pada tahun 1837, sebagai ahli Perhimpunan Agung Illinois, Lincoln mengeluarkan protes tertulis mengenai laluan resolusi yang menyatakan bahawa perhambaan tidak dapat dimansuhkan di Washington, D.C.[6][7] Pada tahun 1846, beliau menyertai Parti Whig, dan dilantik sebagai ahli Kongres selama satu penggal. Ketika perhambaan menjadi isu pada tahun 1854, Lincoln membantu menubuhkan Parti Republikan dan menjadi ketuanya bagi negeri Illinois. Pada tahun 1858, beliau mahu menjadi senator; walaupun ini tidak berjaya, perdebatan menarik perhatian kebangsaan kepadanya.[8] Parti Republikan telah mencalonkannya untuk pilihan raya Presiden pada tahun 1860.[9]

Presiden[sunting | sunting sumber]

Lincoln dipilih sebagai calon untuk pilihan raya pada tahun 1860 kerana alasan yang berbeza. Lincoln memenangi pilihan raya pada tahun 1860, dan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-16. Buat pertama kali, seorang presiden telah memenangi pilihan raya kerana sokongan besar yang diperolehnya dari negeri-negeri di Utara. Semasa kepimpinannya, Lincoln menjadi terkenal kerana topi stovepipe-nya yang besar. Beliau menggunakan topi tinggi untuk menyimpan kertas dan dokumen.[10]

Lincoln dan Perang Saudara[sunting | sunting sumber]

Lincoln menentang kuat sistem perhambaan dan usaha-usaha untuk mengembangkan perhambaan ke wilayah-wilayah persekutuan. Perdebatan-perdebatannya dengan Stephen Douglas, ketua Parti Demokrat, pada tahun 1858 memberikannya pendedahan sebagai ahli politik negara, dan sebagai seorang barat yang sederhana dalam politik, beliau memenangi pencalonan presiden pada tahun 1860. Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menyebabkan wilayah-wilayah paling selatan hilang sabar lalu tujuh buah negeri berpisah untuk membentuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan menawan kubu-kubu serta harta-harta yang lain dalam sempadannya. Kejadian inilah yang meyebabkan tercetusnya Perang Saudara Amerika.

Dalam usaha-usahanya sebagai pemimpin masa perang Lincoln sering menggunakan pujukan seperti dalam kenyataan-kenyataan umumnya, khususnya Ucapan Gettysburg, mentakrifkan persoalan-persoalan perang, dan membantu untuk mentakrifkan semula imej diri Amerika Syarikat. Beliau terbukti pintar menggantikan jeneral-jeneral yang sederhana dengan jeneral-jeneral yang lebih berupaya sehingga akhirnya, beliau menemui Ulysses S. Grant. Dalam kepimpinan Parti Republikan, Lincoln dapat mengelakkan perpecahan antara semua puak, dan menambahkan sokongan baru daripada ahli-ahli Demokrat yang menyokong peperangan, walaupun Copperhead, musuh-musuhnya yang merupakan puak Demokrat di Utara, kuat membidasnya sebagai diktator yang tiada belas kasihan. Lincoln terpaksa mendamaikan pemimpin-pemimpin Republikan yang radikal dan sederhana yang sering kali amat tidak bersependapat terhadap persoalan-persoalan perhambaan. Lincoln sendiri menyelia usaha perang bersama-sama dengan Jeneral Grant (1864-65) yang berjaya mengalahkan Robert E. Lee pada April 1865.

Sifat-sifat kepimpinan Lincoln ternyata dalam cara menangani diplomasi terhadap negeri-negeri perhambaan di sempadan pada permulaan pertempuran, menewaskan cubaan Kongres untuk menyusun semula Kabinet pada tahun 1862, ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan yang membantu negeri-negeri utara bersiap sedia dan meredakan isu keamanan dalam kempen pilihan raya presiden pada tahun 1864.

Copperhead mengkritik Lincoln kerana mencabuli Perlembagaan, melampaui bidang kuasa eksekutif, enggan bertolak ansur terhadap pengabdian, mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung habeas corpus, mengarahkan penangkapan 18,000 orang penentang (termasuk pegawai-pegawai awam dan penerbit-penerbit akhbar), dan membunuh beratus-ratus ribu pemuda yang menyertai perang sebagai askar. Republikan Radikal mengkritiknya kerana terlalu lambat menghapuskan perhambaan, dan tidak cukup keras dalam menghadapi pihak selatan.

Ucapan Gettysburg[sunting | sunting sumber]

Lincoln memberi ucapan terkenal selepas Perang Gettysburg pada 1863 yang dipanggil Ucapan Gettysburg. Peperangan tersebut sangat penting, dan banyak tentera mati. Ucapan tersebut diberi di tanah perkuburan baru untuk tentera yang meninggal dunia. Ucapan tersebut merupakan salah satu ucapan terkenal dalam sejarah Amerika.[11]

Penggal kedua dan pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Lincoln dipilih semula pada 1864 dan dilantik semula pada 4 Mac 1865. Tidak lama selepas itu, kemungkinan besar Kesatuan akan memenangi Perang Saudara. Lincoln mencadangkan syarat-syarat untuk memulihkan kerajaan sendiri di negeri-negeri yang telah memberontak. Pada 9 April 1865, jeneral Gabungan terkemuka, Robert E. Lee, menyerahkan tenteranya. Pada 11 April 1865, Lincoln memberi ucapan di mana beliau mempromosikan hak mengundi untuk orang kulit hitam.[12]

Pembunuhan Abraham Lincoln. Dari kiri: Henry Rathbone, Clara Harris, Mary Todd Lincoln, Abraham Lincoln dan John Wilkes Booth

Pada 14 April 1865, Lincoln bertolak ke teater untuk menyaksikan persembahan "Our American Cousin". Ketika pengawalnya tiada, Lincoln duduk di tempat biasanya di balkoni tanpa menyedari Booth berada di belakangnya dan hanya menunggu adegan kelakar untuk membunuh presiden dengan harapan gelak ketawa di teater akan menenggelamkan bunyi tembakan. Saat ditunggu tiba, lalu Booth menembak Lincoln di kepala. Mejar Henry Rathbone cuba menangkap Booth tetapi tidak berjaya. Booth melompat dari atas pentas, kemudian menjerit Sic semper tyrannis! (bahasa latin: "Maka selalu (berlaku) ke atas pemimpin kejam) dan berjaya melarikan diri[13]. Gerakan memburu Booth berlangsung selama 12 hari di bawah arahan Setiausaha Perang Edwin M. Stanton. Booth berjaya ditangkap di sebuah rumah reban di Virginia dan ditembak mati.

Lincoln koma selama sembilan jam sebelum meninggal dunia. Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 7.22 pagi, 15 April 1865 ketika umurnya 56 tahun.[14] Menurut beberapa sumber, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, pada waktu pagi selepas pembunuhan itu, beliau tersenyum lebar dan kemudian meninggal dunia.[15]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Lincoln telah secara konsisten merupakan salah satu presiden A.S. yang paling hebat.[16] and the public[17] Beliau sering dianggap presiden terhebat untuk kepimpinannya semasa Perang Saudara Amerika dan kefasihannya dalam ucapannya seperti Ucapan Gettysburg.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Thornton, Brian (October 31, 2005). 101 things you didn't know about Lincoln: loves and losses, political power. Adams Media.  Lebih daripada satu author-name-list parameters dinyatakan (bantuan)
  2. ^ "Lincoln Trail Homestead State Park". Abraham Lincoln Online. Dicapai pada 2008-05-21s. 
  3. ^ White, Jr., Ronald C. (2009). A. Lincoln: A Biography. Random House, Inc. ISBN 9781400064991
  4. ^ Frank, John (1991). Lincoln as a Lawyer. Americana House. ISBN 0962529028. 
  5. ^ "Biography of Lincoln". Quotable Lincoln. Dicapai pada 2009-08-28. 
  6. ^ "Lincoln on Slavery". Dicapai pada 2009-NOV-15. 
  7. ^ "Protest in Illinois Legislature on Slavery". University of Michigan Library. 1937-03-03. Dicapai pada 2009-NOV-15. 
  8. ^ Lincoln, Abraham. "A House Divided Against Itself Cannot Stand". National Center for Public Policy Research. Dicapai pada 2008-05-21. 
  9. ^ "Abraham Lincoln". history.com. 
  10. ^ Abe Lincoln's Hat Step into Reading Books Series A Step 2 Book by Martha Brenner Books at epinions.com
  11. ^ "Outline of U.S. History". Jabatan Negara Amerika Syarikat. p. 73. Dicapai pada 2009-01-03. 
  12. ^ "Last Public Address". Speeches and Writings. Abraham Lincoln Online. April 11, 1865. Dicapai pada 2008-09-15. 
  13. ^ George Alfred Townsend, The Life, Crime and Capture of John Wilkes Booth. New York: Dick & Fitzgerald, 1865. (LCCN 12002580.
  14. ^ "Abraham Lincoln". History. AETN UK. Dicapai pada 16 February 2014. 
  15. ^ "OUR GREAT LOSS; The Assassination of President Lincoln.DETAILS OF THE FEARFUL CRIME.Closing Moments and Death of the President.Probable Recovery of Secretary Seward. Rumors of the Arrest of the Assassins.The Funeral of President Lincoln to Take Place Next Wednesday.Expressions of Deep Sorrow Through-out the Land. OFFICIAL DISPATCHES. THE ASSASSINATION. Further Details of the Murder Narrow Recape of Secretary Stanton Measures Taken is Prevent the Escape of the Assassin of the President. LAST MOMENTS OF THE PRESIDENT. Interesting Letter from Maunsell B. Field Esq. THE GREAT CALAMITY.". The New York Times. 1865-04-17. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2016-04-12. 
  16. ^ "Ranking Our Presidents". James Lindgren. November 16, 2000. International World History Project.
  17. ^ "Americans Say Reagan Is the Greatest President". Gallup Inc. February 28, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]