Abu Bakar Chik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji

Abu Bakar Chik

D.S.M.T. (Terengganu), S.M.T. (Terengganu)
ADUN Batu Rakit, Terengganu
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehAbdul Wahab Ngah (BN-UMNO)
Digantikan olehKhazan Che Mat (BN-UMNO)
ADUN Jeram, Terengganu
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehAbdul Rashid Muhammad (BN-UMNO)
Digantikan olehkerusi dibubar
Butiran peribadi
Lahir(1950-08-18)18 Ogos 1950
Kampung Masjid Tepoh, Kuala Terengganu, Terengganu
Meninggal duniaJun 23, 2014
KM 390, Lebuhraya Pantai Timur, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganTo’ Puan Zaitun binti Salleh
KediamanTerengganu Terengganu
PekerjaanAhli politik, Guru

Dato' Abu Bakar Chik merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Kerajaan Negeri Terengganu. Bekas Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau sebagai 'Bapa Pendidikan PAS'. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2014 akibat kemalangan jalan raya.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Abu Bakar lahir di Kampung Masjid Tepoh, Kuala Terengganu , Terengganu pada tahun 18 Ogos 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Nenas. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin di Batu Burok, Kuala Terengganu. seterusnya ke Kolej Islam Klang (KIK). Tahun 1973 beliau memasuki UKM hingga mendapat Ijazah Pertama Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan. Di UKM, beliau memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM. Pada tahun 1977 beliau menubuhkan Institut Berakan bersama rakan-rakannya di samping bergerak cergas dalam PAS.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya bernama To’ Puan Zaitun binti Salleh dan mereka mempunyai anak 8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan). Pada 13 Julai 2012, ibunya Esah Yusuf meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 88 tahun. Sembahyang jenazah diadakan di Kampung Tepoh, Kuala Nerus,Terengganu. [1]

Kerjaya dan pengalaman[sunting | sunting sumber]

  1. 1977 – 1981  : Pengetua Institut Berakan, Kuala Terengganu.
  2. 1982 – 1986  : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Terengganu
  3. 1997 – 1999  : Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP)
  4. 1999 – 2004 : Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
  5. 1999 – 2004 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Terengganu
  6. 2000 – 2004  : Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
  7. 2004 – 2014  : Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)
  8. 2008 – 2014  : Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan Politik

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi ADUN Jeram selepas menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 (1982-1986) .Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1984 hingga 1986 di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (KEMTA), Taiping, Perak. Dalam Operasi Lalang 1987 sekali lagi beliau ditahan di bawah ISA. Sekali lagi beliau menang bertanding di DUN Batu Rakit dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 ketika PAS menang di negeri Terengganu dan Haji Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu.

Pembabitan beliau dalam politik dapat dilihat dari senarai berikut :

  1. 1981: Menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  2. 1984–1986: Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting
  3. 1989–1999: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
  4. 1999–2011: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
  5. 2000–2014: Ahli Jawatankuas PAS Pusat
  6. 2000–2007: Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
  7. 2007–2014: Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat
  8. 2008–2014: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat
  1. 1968–1970: Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu.
  2. 1975–1977: Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
  3. 1976–1977: Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
  4. 1977–1981: Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.
  5. 1979: Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah Taski ABIM
  6. 1983: Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
  7. 1987: Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
  8. 1989–1999: Pengerusi PASTI Malaysia
  9. 2006–2008: Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia
  10. 2009–2014: Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
  11. 2013: Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)

Penglibatan di peringkat antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  1. 1989: Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
  2. 1989 & 1993:Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
  3. 1994, 1995 & 1996: Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki
  4. 1997 & 1998:Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.
  5. 2003: Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
  6. 2005 – 2014: Presiden Persekutuan Belia Islam Asia
  7. 2007:Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)

Beliau mendapat pengalaman bersama dengan gerakan pelajar dalam negeri dan di luar negara sepanjang pengajian dan perjalanannya ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Sudan, Iran, Pakistan, India, Yaman dan beberapa negara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. 2002:Setia Mahkota Terengganu (SMT)
  2. 2003:Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
  3. 2003:Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Terengganu.
  4. 2003:Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Pusat
  5. 2009:Tokoh Pasti Malaysia

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Antara karya beliau ialah :

  1. 1987: Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
  2. 1998: Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
  3. 1999: Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
  4. 2007: Pilihan raya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai
  5. 2011: PAS 60 Tahun – Pustaka Damai
  6. 2013:Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka Damai [2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil pada 23 Jun 2014[3]. Jenazah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang. [4] Pembantunya Hasmizi Hasan yang memandu kereta Toyota Camry tersebut hanya cedera. Kereta itu melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang. Solat jenazah diadakan di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring. [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Al-Fatihah buat ibu Abu Bakar Chik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15. Dicapai pada 2012-07-13.
  2. ^ "AJK PAS Pusat meninggal dunia". Sinar Harian. 23 Jun 2014.
  3. ^ "AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik meninggal dunia akibat kemalangan". Astro Awani. 23 Jun 2014. Dicapai pada 22 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia". Harakah. 23 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-26. Dicapai pada 2014-06-22.
  5. ^ "Pemergian Abu Bakar: Hadi masih terkejut". Sinar Harian. 23 Jun 2014.