Abu Bakar Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ustaz Haji Abu Bakar Hamzah merupakan ahli parlimen dari parti PAS mewakili kawasan Bachok, Kelantan selepas memenangi Pilihan raya kecil Bachok 1964. Beliau mengambil alih kawasan Bachok selepas Dr Zulkifli Muhammad maut akibat nahas jalan raya di Terengganu. Ustaz Abu Bakar Hamzah, yang ketika itu sebagai Wakil Parlimen PAS Kawasan Bachok Kelantan, turut serta bersama perwakilan yang diketui oleh YB Dato Abd. Rahman Yaakob ketika pertemuan menganai cadangan penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia(OIC). Perwakilan tersebut telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya apabila Pertubuhan Persidangan Islam Antara Bangsa (OIC) mengadakan persidangan pertamanya di Rabat, Magribi pada tahun 1968. [1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abu Bakar adalah anak murid Syeikh Abdullah Maghribi (1935) di Madrasah al-Huda ad-Diniyah , Pulau Pinang yang berasaskan mazhab Maliki.[2] Abu Bakar Hamzah menyambung pembelajaran sehingga peringkat sarjana di University of Kent, England. Ketika itu Mohd Farid Arifin, bekas Timbalan Menteri Kesihatan juga sedang menuntut di sana (1981). Kembali ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Universiti Malaya dari 1984 - 1988.

Politik PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS pusat selama 10 tahun dalam tahun 1958 ketika Pas dipimpin oleh Dr Burhanuddin dan Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri dan pernah memangku Setiausaha Agung PAS daripada Ustaz Othman Abdullah (1960).

Tahun 1969, Abu Bakar Hamzah dipindahkan dari parlimen Bachok ke kawasan DUN Sanglang, Perlis dan diumumkan akan menjadi Menteri Besar Perlis jika menang di sana. Tetapi Abu Bakar kalah di sana. Ekoran itu Presiden PAS, Mohd Asri melantik Abu Bakar sebagai Setiausaha Agung PAS pada 1972 dan sebagai Senator mewakili negeri Kelantan.

Dipecat[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 1974, Abu Bakar selaku Ketua Dewan Pemuda PAS meninggalkan parti PAS apabila PAS di bawah Dato Mohd Asri bin Haji Muda menyertai Barisan Nasional pada 1974. Kemudian beliau dipecat oleh PAS kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti. [3] Beliau tidak melompat parti, sebaliknya kembali ke pangkuan PAS di penghujung usianya.[4] Ramai juga pemimpin PAS tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat memecat Abu Bakar Hamzah. Bagi mereka, tindakan yang dibuat oleh Abu Bakar Hamzah tidak bertentangan mahupun merugikan parti.[5]


Sekembali dari Universiti Kent, beliau diterima semula ke dalam parti pada Februari 1983 dan dilantik sebagai Jawatankuasa Agung PAS pada 1983 tanpa kehadirannnya di bawah pimpinan Haji Yusuf Rawa. 1985 beliau bertanding menentang Haji Yusuf Rawa selaku Presiden PAS dan Naib Presiden, tetapi kedua-duanya kalah. Ekoran kekalahannya itu, beliau mengupas permasalahan PAS dan disiarkan dalam majalah tabloid sekitar 1980-an.[6]

Beliau membangkitkan “pemimpin buta al-Quran” yang merupakan gagasan awal terhadap perlunya 'kepimpinan Ulama’. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-17 dan 18 di Kangar pada 1968, Ustaz Jaiz Anwar terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.[7] [8]

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menghasilkan buku atau artikel tulisannya dikompilasi :

  • 'Konsep Kepimpinan Ulamak Dalam Politik' - diterbitkan oleh Pustaka Zakry Abadi (1983) membicarakan konsep kepimpinan ulama dan ciri-ciri seseorang ulama.
  • Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908 - diterbitkan oleh Pustaka Antara (1991) mendedahkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh majalah al-Imam untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan pembacanya terutamanya orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu.
  • 'Biografi politik Tuan Haji Abu Bakar bin Hamzah' oleh Mohd. Zali bin Shaari, Media Cendiakawan, 1992, 133 hlm
  • 'Quo vadis PAS?: polemik spontan di antara Abu Bakar Hamzah dan Ibnu Muslim' Abu Bakar Hamzah, Ibnu Muslim, Pustaka Antara, 1989
  • Hak asasi manusia menurut pendangan Islam / Abu Bakar Hamzah : Pustaka Antara, c2001.
  • Ke arah perlembagaan Islam. : Pustaaka Nasional Pte. Ltd. , 1983.
  • Events that led to gulf war / [compiled by] Abu Bakar Hamzah J.P., M. Phil (Kent) : S. Abdul Majeed, [199-5. * * * Konsep kepimpinan ulama dalam politik ;Abu Bakar Hamzah
  • Events that led to gulf war/ Abu Bakar Hamzah. ; Syarikat Wadah Pendita, 19.?

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rujuk gambar-gambar deligasi Malaysia di dalam buku Biografi Ustaz Abu Bakar Hamzah -Mohd Zali Saari Muka surat 99 dan 100.
  2. ^ Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran', b Abdul Rahman Haji Abdullah, hlm 214
  3. ^ Biografi politik Tuan Haji Abu Bakar bin Hamzah, Mohd. Zali bin Shaari
  4. ^ Hadi gagal puaskan hati penyokong Khalid
  5. ^ * 'Biografi politik Tuan Haji Abu Bakar bin Hamzah' oleh Mohd. Zali bin Shaari, Media Cendiakawan, 1992
  6. ^ Seminar Kepimpinan Politik Melayu Semasa
  7. ^ [1]
  8. ^ SEJARAH KEPIMPINAN ‘ULAMA’ DALAM PAS