Abu Bakar Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Abu Bakar Hassan adalah Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan terkini sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah (22 Jun 2012) bagi menggantikan Datuk Khazali Ahmad.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abu Bakar (57 tahun) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979, dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran negeri dan wilayah serta pengurusan kerajaan tempatan menerusi karier perkhidmatannya. Pada Jun 2012, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan beliau. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]