Abu Sahid Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Abu Sahid Mohamad.jpg
Abu Sahid Mohamad

Tan Sri Abu Sahid Mohamed (58 tahun) adalah pemegang konsesi Maju Expressway (MEX) yang mengendalikan Lebuh raya Kuala Lumpur - Putrajaya - KLIA. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd. Beliau juga Pengerusi Kinsteel Bhd yang telah menerima kelulusan untuk menyenaraikan Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja Steel) di Papan Utama Bursa Malaysia.[1] Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Tasik Selatan.

Pada 1977, syarikat pertama beliau ialah Maju Alat Ganti Sdn Bhd. Beliau juga Pengerusi eksekutif Ipmuda Bhd ;Pengerusi dan Pengarah Kinsteel Bhd sejak 26 Februari 2007 ; Pengerusi Konsortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd ; Pengarah Perwaja Holdings Bhd ; Bright Focus Berhad ; Maika Holdings Berhad ; Avalon Minerals Ltd ; Maju Expressway Sdn Bhd ; dan Perwaja Steel Sdn Bhd ; lembaga pengarah Kai Peng Berhad ;Pengerusi Selangor and Federal Territory Engineering ; Motor Parts Traders Association(1985 - 1987).[2] Pada 1996, Abu Sahid menerusi Maju Holding 'bailed out' Perwaja Steel dari kerajaan.Seterusnya menubuhkan syarikat besi keluli yang baru 'Kinsteel' pada 2005.

Syarikat beliau juga membina dan mengendalikan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Terminal itu seluas tanah 20 hektar dengan kos RM570 juta.[3] Maju Junction yang merupakan pasar raya besar dan pejabat terletak di Kuala Lumpur juga miliknya.[4]

Tembok di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Januari 2012, 14 hari diberikan kepada Maju Holding untuk merobohkan tembok di kawasan tanah awam, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan tembok sepanjang 2 km itu menghalang laluan untuk orang awam ke kawasan awam , Taman Tasik Selatan. Pembinaan banglo-banglo milik Abu Sahid belum mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kira-kira 200 ahli Persatuan Penduduk Bandar Tasik Selatan telah berhimpun membantah pembinaan tembok itu.[5]

Sebaliknya Abu Sahid mendakwa tanah itu adalah miliknya apabila membelinya dari pihak persendirian pada 1989. Beliau perlu menyediakan kawasan rekreasi jika membangunkan 2,033 unit pangsapuri di atas tanah itu. Namun beliau telah menukar jenis pembangunan dan memajukan tanah tersebut dengan membina lima buah banglo pada Fasa 6.[6] Terminal bas itu dikendalikan oleh Maju Tmas sejak 1 Januari , sebuah anak syarikat Maju Holding Sdn Bhd.[7]

Terminal bas enam tingkat itu menelan kos RM570 juta yang mempunyai 55 platform bas, 55 ruang bagi teksi perjalanan jauh, 1,000 ruang parkir kereta dan 1,800 tempat duduk dalam terminal yang dilengkapi pendingin hawa, akan berfungsi sebagai hab pusat bagi semua perkhidmatan bas ekspres ke selatan dan mampu menampung 45,000 pengguna sehari. Terminal TBS-BTS dihubungkan melalui Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur.

Jual konsesi MEX[sunting | sunting sumber]

Pada 16 April 2012, mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan Maju Expressway (MEX) yang hendak menjual konsesi lebuh raya itu dan dianggap sebagai sama teruknya dengan menjual permit untuk kereta import (AP).

Abu Sahid memiliki 96.8 % saham Maju Expressway Sdn Bhd mahu menjualnya kepada EP Manufacturing untuk jumlah RM1.7 bilion. Sebelum ini Pakatan Rakyat mendakwa Abu Sahid bakal mendapat keuntungan RM1.09 bilion daripada urusniaga berkenaan – 1,800 % daripada pelaburan awalnya sebanyak RM60 juta.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kinsteel terima kelulusan senaraikan Perwaja Steel[pautan mati kekal]
  2. ^ Ipmuda Berhad (IP:Kuala Lumpur)
  3. ^ TBS kurangkan kesesakan di pusat bandar raya - Tee Keat[pautan mati kekal]
  4. ^ Abu Sahid scores another coup
  5. ^ "Roboh tembok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-10. Dicapai pada 2012-04-16.
  6. ^ [Mesti roboh - Nong Chik]
  7. ^ "Najibs wants wall near TBS-BTS demolished". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2012-04-16.
  8. ^ "Dr M: Jual MEX sama teruk dengan jual AP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-19. Dicapai pada 2012-04-16.