Abu Salamah 'Abdullah ibn 'Abdul Asad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abu Salamah 'Abdullah ibn 'Abdul Asad (Arab: أبو سلمة عبد الله بن عبد الأسد) adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan keturunan Bani 'Abdul Asad dan berkahwin dengan Ummu Salamah. Mereka berdua antara yang awal memeluk agama Islam. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Salamah, Umar, Zainab and Durrah.

Perjuangan Islam[sunting | sunting sumber]

Abu Salamah menyertai beberapa peperangan Islam yang awal terutamanya Peperangan Uhud. Akibat tewasnya tentera Muslim dalam peperangan tersebut, Abu Salamah turut menerima kesan apabila beliau mengalami kecederaan yang teruk.

Beliau juga pernah menyertai Ekspedisi Qatan. Misi ini diarahkan baginda Rasulullah S.A.W untuk menyerang suku Bani Asad bin Khuzaymah selepas mendapat maklumat yang mereka merancang untuk menyerang Madinah.[1] 3 orang ditangkap oleh tentera Muslm semasa ekspedisi tersebut.[2]

Abu Salamah meninggal dunia akibat luka besar yang diterimanya semasa Perang Uhud telah terbuka ketika mengetuai Ekspedisi Qatan. Selepas kematiannya, Rasulullah S.A.W mengahwini balunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mubarakpuri, The sealed nectar: biography of the Noble Prophet , p. 349.
  2. ^ Sa'd, Ibn (1967). Kitab al-tabaqat al-kabir. 2. Pakistan Historical Society. m/s. 150. ASIN B0007JAWMK.