Abu Shuaib Muhammad bin Nusair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abu Shuaib Muhammad bin Nusair an-Numairi (Bahasa Arab: أبو شعيب محمد بن نصير النميري‎)[1] merupakan pengasas terkenal dari golongan Nusairi pada abad ke-9, yang merupakan mazhab serpihan Syiah Ithna 'Asyariah.[2][3] Dia kononnya tinggal di kota Basrah, dan dari keturunan Bani Numair yang merupakan salah satu suku Arab Utara yang menetap di sekitar lembah Furat.[2]

Sumber-sumber Nusairi menyatakan bahawa Muhammad bin Nusair mempunyai hubungan yang rapat dengan Imam ke-10 Ali al-Hadi dan Imam ke-11 Hasan al-Asykari.[2] Dia juga mendakwa telah menerima surat, perintah, dan hukum dari Imam ke-12 Al-Mahdi yang tersembunyi (ghaibah), dalam peranannya sebagai wakil imam.[4][5][6] Sumber-sumber Ithna 'Asyariah sebaliknya menuduh bahawa Ibnu Nusair telah mempertuhankan Imam Al-Asykari, menganggap dirinya nabi, dan membenarkan perbuatan sumbang mahram dan homoseksual.[7]

Dakwaan dan ajaran Ibnu Nusair ditolak oleh pengikut Ithna 'Asyariah lainnya, kemudian mereka mengucilkan dan terus mencelanya sehingga dia meninggal dunia.[4] Penggantinya, antara lain Muhammad bin Jundab, Abdullah al-Jannan, dan Al-Husain al-Khasibi,[4] terus sahaja mengembangkan ajarannya; tetapi kerana banyak yang menentang maka penganut ajaran ini menjalankannya secara rahsia (taqiyyah).[4]

Pada tahun 1920-an, pengikut golongan ini menamakan semula Nusairi menjadi Alawit (علوية, 'Alawiyyah), bermaksud "pengikut Ali".[8][7] Pada masa kini, pengikut Alawit bertaburan di Syria, Turki, dan Lubnan.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedia Iranica, "MOḤAMMAD B. NOṢAYR"
  2. ^ a b c Friedman 2010, m/s. 7.
  3. ^ Encyclopedia Iranica, "NOṢAYRIS"
  4. ^ a b c d Friedman 2010, m/s. 8.
  5. ^ An Introduction the Modern Middle East: History, Religion, Political Economy ... - David S. Sorenson - Google Boeken. Books.google.com. Dicapai 2013-01-04. 
  6. ^ The Voyage and the Messenger: Iran and Philosophy - Henry Corbin - Google Boeken. Books.google.com. Dicapai 2013-01-04. 
  7. ^ a b Moosa, Matti (1987). Extremist Shiites: The Ghulat Sects. Syracuse University Press. m/s. 260-262. ISBN 0815624115, 9780815624110. 
  8. ^ Friedman 2010, m/s. 235.
  9. ^ Stanton, Andrea L.; Ramsamy, Edward; Seybolt, Peter J.; Elliott, Carolyn M. (2012). Cultural Sociology of the Middle East, Asia, and Africa: An Encyclopedia. SAGE Publications. m/s. 307. ISBN 145226662X, 9781452266626. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]