Abu al-Hasan al-Ash'ari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama penuhnya ialah Zahraan Karim Hassan Bin Ismail Al-Asy'ari (260H-324H) lahir di Basra. Merupakan anak murid salah seorang tokoh Muktazilah iaitu Al-Jubbai. Ketika usianya mencecah 40 tahun, beliau telah isytihar keluar daripada fahaman Muktazilah dan mendirikan teologi baru iaitu aliran yang dikenali sebagai Asy'airah.

Aliranya sangat terkenal dengan ajaran sifat 20. Salah seorang tokoh yang menelusuri aliran ini ialah Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam. Sehingga kini, pengikut aliran ini dipanggil sebagai Asya'irah yang kebanyakanya di Asia seperti Malaysia, Indonesia, Pattani, Singapura dan Borneo. Antara tokoh Asya'irah yang terkenal di Asia ialah KH Abdullah Syafie kerana pernah berentap hujah dengan Buya Hamka.

Abu Al-Hassan Al-Asy'ari telah menghasilkan beberapa karya iaitu:

1. Maqalat al-Islamiyyin (مقالات الإسلاميين)

2. Al-Ibanah'an Ushulid Diniyah (الإبانۃ عن اصول الدينيه)

3. Tafsir Hafil al-Jami' (تفسير حافل الجميع)

4. Kitab al-Imamah (كتاب الإمامه)

5. Kitab Al-Maujiz (كتاب الموجز)