Ace Combat 3: Electrosphere

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ace Combat 3: Electrosphere
PembangunNamco
PenerbitNamco
PengarahTakuya Iwasaki
Atsushi Shiozawa
PengeluarTakashi Fukawa
KomposerTetsukazu Nakanishi
Koji Nakagawa
Hiroshi Okubo
Go Shiina
Kanako Kakino
Tomoko Tatsuta
SiriAce Combat
PlatformPlayStation
Pelepasan
  • JP: 27 Mei 1999
  • EU: 21 Januari 2000
  • NA: 2 Mac 2000
GenreArked, simulasi penerbangan
ModPemain tunggal

Ace Combat 3: Electrosphere (Jepun: エースコンバット3 エレクトロスフィア, Hepburn: Ēsu Conbatto San Erekutorosufia) merupakan sebuah tajuk permainan video yang dikeluarkan oleh Namco secara eksklusif untuk konsol Sony PlayStation. Judul ini merupakan judul yang ketiga dikeluarkan di bawah siri Ace Combat untuk genre simulasi penerbangan, dan Electrosphere mengambil beberapa jalan cerita daripada dua tajuk awal Ace Combat di mana terdapat perang di antara syarikat multinasional yang berlaku pada pertengahan abad ke-21.

Terdapat beberapa perbezaan ketara di antara judul permainan video ini yang dikeluarkan untuk pasaran Jepun dan Barat. Versi Jepun yang dikeluarkan pada 1999 menawarkan dua buah CD-ROM yang mengandungi jalan cerita sebanyak 52 buah misi yang dipisahkan mengikut keputusan yang dibuat pemain semasa bermain, beberapa siri penutup yang berbeza dan kumpulan yang pemain boleh sertai. Ianya juga memiliki suara latar bagi setiap cerita pendek serta perbualan radio semasa bermain.

Versi antarabangsa Ace Combat 3 yang dikeluarkan pada 2000 pula terdapat hanya 36 buah misi yang terkandung dalam hanya sebuah CD-ROM sahaja dengan tiada jalan cerita yang berbeza-beza. Kesemua cerita pendek serta perbualan radio dibuang dari versi antarabangsa ini. Walaupun versi antarabangsa mendapat sambutan hangat di kalangan pemain permainan video[1], keputusan Namco untuk membuang hampir kesemua plot dan cerita pendek dari versi ini mengundang kritik daripada pengguna di kawasan Barat, oleh kerana Namco pada awalnya mengiklankan judul permainan video ini yang memiliki kesemua ciri-ciri yang terdapat pada versi Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bishop, Sam (13 Mac 2000). "Ace Combat 3". IGN. Dicapai pada 5 Januari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]