Acha Septriasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Indonesia; ia tidak mempunyai nama keluarga.
Acha Septriasa
Acha Septriasa.jpg
KelahiranJelita Septriasa
(1989-09-01) 1 September 1989 (umur 29)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2004–kini
Ibu bapaSaggita Ahimsha (bapa)
Rita Amza (ibu)

Jelita Septriasa atau lebih dikenali sebagai Acha Septriasa (lahir 1 September 1989) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Indonesia. Cahaya mata kepada pasangan Sagitta Ahimsha dan Rita Emza ini lebih mesra disapa sebagai Acha sahaja.

Irwansyah yang sering menjadi gandingannya merupakan kekasihnya. Beliau juga pernah berlakon dalam drama RTM1, Andaiku Tahu bersama kekasihnya, Irwansyah, Raffi Ahmad dan Inneke Koesherawati. Beliau bekelulusan di Universiti LimKokWing, Cyberjaya. Beliau dan Irwansyah pernah mempunyai hubungan asmara tetapi sudah putus tanpa sebab yang pasti. Namun, Irwansyah & Acha masih lagi memakai cincin "cinta" yang pernah mereka pakai sewaktu berkasih dahulu.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Jelita Septriasa di Jakarta, Indonesia, pada 1 September 1989 kepada Sagitta Ahimshah dan Rita Emza; beliau merupakan anak ketiga daripada enam beradik.[1] Adik bongsunya, Juwita Maritsa, sepertinya, juga seorang penghibur.[2] Beliau mula belajar di Sekolah Tinggi Muhammadiyah 6 dari 1995 hingga 2001, kemudiannya SMA Negeri 73 dari 2001 hingga 2004; kedua-duanya di Tebet, Jakarta Selatan. Sekolah tingginya ialah SMA Negeri 82, Jakarta, yang beliau hadir dari 2004 hingga 2007.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Acha memulakan kerjaya hiburannya sebagai model dalam Pencarian Gadis Sampul, dianjurkan oleh majalah remaja Indonesia, Gadis[3] pada 2004.[1] Peranan filem pertamanya ialah filem Apa Artinya Cinta? (2005), di mana beliau memegang watak pembantu. Pada tahun berikutnya, beliau mula meraih kejayaan menerusi filem Heart (2006), yang mana beliau berlakon bersama Nirina Zubir dan pasangannya ketika itu Irwansyah.[3] Beliau juga menyanyikan album runut bunyi bersama Irwansyah yang diterbitkan oleh Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed,[2] mendapat platinum berganda; dua singlenya, "Sampai Menutup Mata" dan sebuah lagu duet "My Heart", menerima siaran meluas di luar negara.[1]

Pada tahun berikutnya, Acha dan Irwansyah berlakon dalam romantik remaja Love is Cinta. Beliau juga menyanyikan duet bersamanya untuk filem itu.[3] Pada tahun itu, beliau dikenalpasti sebagai pelakon Indonesia keempat menerima bayaran tertinggi, sebanyak Rp. 180 juta (AS$ 15,000) setiap filem.[1] Beliau melancarkan album pertamanya, Keputusan Hati pada Ogos 2009. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pengacara rancangan aneka ragam Dahsyat[2] dan membintangi Krazy Crazy Krezy.[1]

Pada 2010, beliau berlakon bersama Ayu Azhari dan Julia Perez dalam Sst... Jadikan Aku Simpanan. Beliau juga melancarkan album kedua Menembus Impian.[2]

Setakat 2011, Acha mempelajari penerbitan filem di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Kuala Lumpur Malaysia, beliau juga kerap pulang ke Indonesia; beliau mengambil peranannya dalam filem Love Story, sebuah cerita berdasarkan kehidupan tradisional, bersama Irwansyah, ketika masih mengambil kelas di Malaysia. Setakat 2011, beliau tidak merancang untuk keluar album baru, kerana kekangan masa.[3] Pada 2012 beliau mengumumkan selepas tamat belajar, beliau berhasrat untuk bekerja di pejabat; bagaimanapun, pada tahun yang sama, beliau ditempah untuk dua filem, yang mana beliau menyiapkannya terlebih dahulu.[4]

Ketokohan[sunting | sunting sumber]

Acha dikenali kerana membawakan watak jenis "gadis sebelah pintu". Seperti biasa, beliau lebih suka menyimpan rambut coklat terang.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Acha sebelum pernah berpacaran dengan pasangan pelakonnya dalam filem Heart dan Love is Cinta, Irwansyah; mereka memutuskan perhubungan pada 2008.[3] Kebanyakan rakannya semuanya lelaki.[5]

Beliau minat berkecimpung dalam bidang sukan dan melancong dan mula belajar berenang pada usia setahun, kemudiannya terlibat dalam bola sepak di SMA dan menjadi kapten pasukan bola keranjang di sekolah tingga. Beliau juga berbasikal dan kerap bermain futsal bersama rakannya. Beliau pernah bercuti panjang untuk melancong, dan sering melancong di luar negara.[5]

Acha berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta.[6] Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama belajar di Malaysia.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Produksi
2005 Apa Artinya Cinta? Mitha Soraya Intercine Films
2006 Heart Luna Starvision Plus
2007 Love is Cinta Cinta Starvision Plus
2008 Love Iin 13 Entertainment
2008 In the Name of Love Saskia Putri Negara Valiant Circle Productions
2009 Krazy Crazy Krezy PT. 999 Pictures
2010 Sst...Jadikan Aku Simpanan Pamela Virgo Putra Film
2010 Menebus Impian Nur Kemala Dapur Film Production
2011 Love Story Ranti Starvision Plus
2012 Test Pack Tata Starvision Plus
2013 Rectoverso Keana Production & Comm
2013 Bangun Lagi Dong Lupus Poppy Komando Pictures
2013 99 Cahaya di Langit Eropa Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
2014 99 Cahaya di Langit Eropa Part 2 Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
2014 '99 Cahaya di Langit Eropa The Final Edition Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
2014 Aku Cinta Kamu Sita Starvision Plus
2014 Mengejar Malam Pertama Gysta Mitra Pictures
2014 Strawberry Surprise Aggi Starvision Plus
2015 Nada untuk Asa Asa Magma Entertainment
2015 Lamaran Tiar Sarigar Rapi Films
2015 Bulan Terbelah di Langit Amerika Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
Falcon Pictures
2016 Surat Cinta Untuk Kartini Asti MNC Pictures
2016 Koala Kumal Andrea Azzura Starvision Plus
2016 Mars: Mimpi Ananda Raih Semesta Sekar Palupi Multi Buana Kreasindo
2016 Sundul Gan: the Story of Kaskus 700 Pictures
2016 Sabtu Bersama Bapak Rissa Max Pictures
2016 Bangkit! Denanda Suryanation
Oreima Films
Kaninga Pictures
2016 Shy Shy Cat Jessy Starvision Plus
2016 Barakati Wa Ambe Pamondo Films
2016 Bulan Terbelah di Langit Amerika 2 Hanum Maxima Pictures
Falcon Pictures
2017 Kartini Roekmini Legacy Pictures
Screenplay Films
2017 Persepsi Cerebraptors
R1 Pictures

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • OST Heart (2006)
  • OST Love is Cinta (2007)
  • Keputusan Hati (2009)

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Kategori Keputusan
2007 Love is Cinta Festival Film Indonesia 2007 Piala Citra untuk Pemeran Utama Wanita Terbaik Dicalonkan
2011 Love Story Festival Film Bandung 2011 Pemeran Utama Wanita Terpuji Menang
Corinthian Film Festival 2011 Best Actress in Love Story movie Menang
2012 Test Pack Festival Film Indonesia 2012 Piala Citra untuk Pemeran Utama Wanita Terbaik Menang
Piala Maya 2012 Pemeran Utama Wanita Terbaik Dicalonkan
2013 Test Pack Indonesian Movie Awards 2013 Aktris Terbaik Dicalonkan
Aktris Terfavorit Dicalonkan
Pasangan Terbaik (bersama Reza Rahadian) Dicalonkan
Festival Film Bandung 2013 Pemeran Utama Wanita Terpuji Menang
Rectoverso Piala Maya 2013 Aktris Terbaik di Omnibus Dicalonkan
2014 Aku Cinta Kamu Piala Maya 2014 Aktris Terbaik di Omnibus Menang
- Indonesian Choice Awards 2014 Actress of the Year Dicalonkan
2015 Nada untuk Asa Indonesian Movie Awards 2015 Pemeran Utama Wanita Terbaik Dicalonkan
Pemeran Utama Wanita Terfavorit Dicalonkan
- Indonesian Choice Awards 2015 Actress of the Year Dicalonkan
2016 Bulan Terbelah di Langit Amerika Indonesia Box Office Movie Awards 2016 Pemeran Utama Wanita Terbaik Dicalonkan
- Indonesian Choice Awards 2016 Actress of the Year Dicalonkan
Shy Shy Cat Piala Maya 2016 Aktris Pendukung Terpilih Dicalonkan
2017 Koala Kumal Indonesian Box Office Movie Awards 2017 Pemeran Utama Wanita Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]