Achey Bocey (pelawak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Achey Bocey" dan "Mohd Nasir bin Hamzah" dilencongkan di sini.
Achey Bocey
Achey Juara BMB2013.jpg
Achey ketika menjadi juara Bintang Mencari Bintang bersama sifunya, Harun Salim Bachik.
Kelahiran Mohd. Nasir bin Haji Hamzah
(1986-08-17) 17 Ogos 1986 (umur 31)
Segamat, Johor, Malaysia
Pekerjaan Pelawak, penyanyi, pelakon dan pengacara
Tahun aktif 2013 - kini
Pasangan Anne

Mohd. Nasir bin Hamzah[1] atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey (lahir 17 Ogos 1986) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Harun Salim Bachik. Pada bulan November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara. Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 & 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2014 Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa Rudy Hashim Rejab
2017 Abang Long Fadil 2 Ali Syafiq Yusof
2018 Hantu Wangan Kintang Kintung Ahmad Idham Pelakon utama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Siaran
2015 Oh My English! Class Of 2015 Pak Johan (Pelakon Jemputan) Episod: 5 Zero To Hero Astro TVIQ & Astro Maya HD
Tanah Kubur (Musim 14) Jamil (Pelakon Utama) Episod: 1 Viral Fitnah Astro Oasis & Astro Maya HD
2017 Tuyul Ke London Achey (Pelakon Utama) Astro Warna & Astro Warna HD

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Siaran
2014 Hantu Hostel TV9
Samba Bola Kampung Astro Prima & Astro Maya HD
Bocey Beraya Achey Astro Warna & Astro Mustika HD
Qish Qish Qish Astro Ceria & Astro Maya HD
2016 Bocey Mencecey Achey Astro Warna & Astro Mustika HD

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Betul Ke Bohong Musim Ke-6 (Astro Warna & Astro Mustika HD)

Peserta[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi
RIM ERA FM
[3]
HOT FM
[4]
Muzik Muzik
[5]
2017 Yang Terindah 5 1 11

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Baru Lelaki Popular Achey Menang
Anugerah Lawak Warna 2014 Pelawak Lelaki Paling Popular Achey Dicalonkan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pelakon Komedi Lelaki Popular Achey Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]