Achzarit
IDF Achzarit Mk 2 | |
---|---|
Jenis | Heavy kereta perisai anggota |
Tempat asal | Israel |
Sejarah perkhidmatan | |
Perang | Konflik Selatan Lubanon (1982–2000) Intifada Kedua Perang Lebanon 2006 Perang Gaza |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Pasukan Pertahanan Israeli Kor Ordnance Tentera Singapura (Akan datang) |
Pengeluar | NIMDA |
Dihasilkan | 1988 - Kini |
Spesifikasi | |
Berat | 44 tonne |
Panjang | 6.20 m |
Lebar | 3.60 m |
Tinggi | >2 m (anggaran) |
Krew | 3 + 7 penumpang |
Armor | 200 mm |
Senjata pertama | 2 × mesingan 7.62mm, 1×7.62mm Stesyen Senjata Atas Kepala Rafael |
Enjin | disel 850 hp (630 kW) |
Kuasa/berat | 19 hp/tonne |
Sistem ampaian | torsion-bar |
Jarak operasi | 600 km |
Kelajuan | 65 km/h |
Achzarit (אכזרית in bahasa Hebrew: "kejam", berkait wanita) merupakan kereta perisai anggota berperisai tebal yang dikilangkan oleh Pasukan Pertahanan Israeli Kor Ordnance.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kereta perisai anggota Achzarit diasaskan pada kereta kebal T-54/T-55 Soviet Union,[1] bermula dengan yang ditawan dari tentera Arabsemasa Pertikaian Arab-Israil. Pasukan IDF mengambil kereta kebal T-55 lama dan membuang turetnya dan rangkan badan diubahsuai sebagai kereta perisai anggota dengan menambah ruang tentera dan pintu belakang.[1] Enjin diesel sejukan air buatan Soviet yang asal digantikan dengan enjin disel lebih padat dan berkuasa, dan sistem dalaman yang lain ditingkatkan. Perisai reaktif dipasang di atas perisai rangka badan kereta kebal asal. Kereta perisai anggota ini mula digunakan pada tahun 1988.
Rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Engin
[sunting | sunting sumber]Achzarit Mk 1 memiliki enjin 650-hp, sementara Mk 2 memiliki enjin 850-hp.
Senjata
[sunting | sunting sumber]Ia dilengkapi dengan tiga mesingan 7.62 mm, termasuk satu Rafael Overhead Weapons Station, mesingan dikawal dari dalam kabin, yang dibangunkan oleh Rafael Advanced Defense Systems Sebagai pengajaran dari Intifada Kedua, turet kaca tahan peluru dipasang pada satu bukaan bagi membolehkan komander melihat keluar tanpa terdedah kepada tembakan senjata ringan dan serpihan.
Beberapa kereta perisai anggota Achzarit dalam perkhidmatan telah dipertingkatkan dengan 12.7mm Stesyen Senjata Kawalan jauh Samson bagi menggantikan 7.62mm Stesyen Senjata Atas Kepala Rafael piwaian.
Operasi
[sunting | sunting sumber]Disebabkan perisai tebalnya, kereta perisai anggota Achzarit kadang kala digelar Kereta Perisai Anggota Berat (HAPC). Kereta perisai anggota Achzarit berkhidmat dengan Brigade Golani IDF, yang beroperasi berhampiran sempadan Lebanon dan di bahagian utara Tebing Barat dan bersama sebahagian Brigade Givata IDF.
Kereta perisai anggota Achzarit terbabit dalam Operasi Rainbow di Rafah, selepas kereta perisai anggota M113 yang agak nipis perisainya dimusnahkan oleh RPG. Kereta perisai anggota Achzarit turut terbabit dalam Perang Gaza.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- VIU-55 Munja, contoh serupa dari Serbia
- BTR-T, contoh serupa dari Russia
- BMPT, a Russian tank-derived AFV designed to fight infantry rather than transport it
- Kangaroo (armoured personnel carrier), a series of Allied World War 2 armoured personnel carriers that were based on converted tanks.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Achzarit". Global Security. Dicapai pada 2009-11-05.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Achzarit Family + Tiran family
- Achzarit at Israeli-Weapons.com
- Achzarit T-55 APC Walk Around Pages Diarkibkan 2008-12-17 di Wayback Machine
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kereta perisai anggota Achzarit |