Pergi ke kandungan

Acong Sweetchild

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Acong Sweetchild
Kelahiran
Ahmad Fauzi bin Manat

(1973-09-08) 8 September 1973 (umur 52)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif1992–kini
PasanganMarya Zuraida Zahari (k. 2012)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenreRock
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanSweet Child

Ahmad Fauzi Manat juga dikenali sebagai Acong Sweetchild (lahir 8 September 1973) ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Sweet Child; Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan. Acong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua, memenangi tempat kelima pada 2015.

Acong ialah pengasas bersama dan vokalis kumpulan rock, Sweet Child sewaktu penubuhannya pada 1992. Sweet Child telah menikmati kejayaan dalam industri muzik dengan menerbitkan sebanyak 3 album studio yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran.[1]

Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi beberapa siri drama TV termasuk Gerak Khas dan Jangan Ikut Aku serta filem termasuk Lelaki Harapan Dunia. Acong juga pernah menubuhkan syarikat Big Star Act Production bersama Cico Harahap dan Joey Daud.[2]

Gegar Vaganza 2015

[sunting | sunting sumber]

Acong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua yang turut disertai oleh Ezad Lazim, Farahdhiya dan Siti Nordiana. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 2)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat "Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan" Sweetchild Ke-6 SELAMAT
Minggu 2 Aku dan Lagu "Dalam Gerimis" Visa Ke-7 SELAMAT
Minggu 3 Ada Bran? "Pilihlah Aku" Latif Ibrahim Ke-9 SELAMAT
Minggu 4 Duet "Baldu Biru" (duet bersama Misha Omar) Ella & Awie Pertama SELAMAT
Minggu 5 Hits Vaganza "Memburu Rindu" Hattan Ke-3 SELAMAT
Minggu 6 Kenangan Terindah "Benci Tapi Rindu" Diana Nasution Ke-2 SELAMAT
Minggu 7 Rockdut (Rock + Dangdut) "Hilang Naluri" Once Mekel Ke-5 SELAMAT
Minggu 8 Karok Tarik "Biasan" To'ki Ke-2 SELAMAT
Minggu 9 Akhir Tugasan Pertama: "Seruan"
Tugasan Kedua (Battle vs Siti Nordiana): "#AwakKatMane"
Lefthanded
Taufik Batisah
Pertama
Ke-3
TEMPAT KELIMA

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Acong berkahwin dengan Marya Zuraida Zahari pada 15 Disember 2012. Perkahwinan ini merupakan kali kedua buat Acong selepas menduda selama 10 tahun. Isterinya, Marya Zuraida mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu. Pasangan ini mula berkenalan ketika Sweet Child membuat sesi promosi album pada 1998.[3] Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Cinta Yang Satu Encik Man Filem pertama
2014 Lelaki Harapan Dunia Apam
2017 Kolestrol vs Cinta Lelaki Hensem
2021 Hantu Bonceng 2.0 Daniel
Kampung Latah Kena Kuarantin Opera Cina Penampilan khas
2022 Dato' Ai La Beau Pengurus Coffee House
Jaga-Jaga Senariounion Acong Penampilan khas
2022 Kampung Latah The Mummy Opera Cina
Seratus Lelaki #3 Penampilan khas
2023 Mat Tudung Begins Khalid
2025 Sahak Gangster Pudin Belon
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Kisah Benar (Musim 20) Izwan TV3 Episod: "Amuk"
2007 Suasana TV1 Sitkom
2008 Bilik No. 13 TV2 Episod: "Hotel"
2008–2009 Rona Roni Makaroni Rakan Sekerja Gia Astro Ria
2009 Gerak Khas (Musim 11) Konco Bronco TV2 Episod: "Sasaran"
2010 Isteriku Bukan Queen Control Nordin TV3
2013 Mak Lang, Datang Kompang Bergendang Ehsan
2014 Lagenda Langkawi TV2
2015 Zahira Musa TV3
2016 Nasi Minyak Kuah Cinta Abang Man
2017 Jangan Ikut Aku Tahir
2019 Sang Pewaris Pak Kadir
2020 One Two Hantu Awesome TV
2021 Hatimu Sedingin Salju Hisham TV3
Sitik Tok Chuchox
Budak Intern Encik Said TV9
2022 Republic Gombak Kadaq TV3
Gangster Ke? Fathullah Johari Awesome TV
2023 Sut Putih Razali TV Okey Episod 3: "Penawar Jantan"
Misteri Flat Kirana Tam Ikan TV3
Misi Seramedi Jibon TV Okey
2024 Boleh Saya Bantu? (Musim 1) Ismaili TV3 Pelakon Jemputan: episod 7
Calar Cinta Faris

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2025 Abang Imam Minah Skuter Pak Awang Viu Drama web pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 The Sangam Boys Mat Jidin Astro Ria
2011 Hijrah Karmila Ray TV9
Hantu Susu Mat Astro Ria Kemudian digantikan oleh Ryzal Jaafar dalam Hantu Susu Kembali
2012 Cinta Si Tukang Kasut Ray Sengau Astro Prima
2016 Isteri-Isteriku TV9
2017 Cinta Kucing Parsi Doktor
2023 Zaki & Nughul TV2
2026 Mentua Pujaan Astro Prima

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1998 Salam Aidilfitri '98 Penyanyi undangan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Radio Televisyen Brunei (RTB)
2012 Onyomat Geset Go Pelbagai watak Astro Warna
2012 Betul ke Bohong? (Musim 2) Artis Jemputan Episod 2 & 10
2018 Teka Tekan Pengacara Hypp Sensasi Pengacara bersama Farouk Hussain, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu[5]
2021 All Together Now Malaysia Juri tetap Astro Ria Salah seorang daripada 50 juri
Tahun Tajuk Kumpulan Catatan Keputusan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Anje Bersama Joey Daud Tersingkir minggu ke-3
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Samurai Bersama Arin & Man Raja Lawak Tersingkir minggu ke-3
2015 Gegar Vaganza (musim 2) Solo Pemenang tempat ke-5
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Enjen Bersama Yuss Skool of Lawak & Raja Azrey Tersingkir minggu ke-9
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 Stone Bersama Azlee Jaafar & Mamat Sepah Tersingkir minggu ke-9
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Otai Bersama Azlee Jaafar & Ieda Moin Tersingkir minggu ke-9
2025 Muzikal Lawak Superstar (musim 5) Genzi Bersama Aziz M. Osman & Ilham Abata Tersingkir minggu ke-6
  1. ^ "Acong akui Sweet Child semakin dikenali selepas sertai Gegar Vaganza". Astro Gempak. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-24. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  2. ^ Wanda Idris (10 Januari 2007). "Big Star Act Production lambang keakraban tiga sahabat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-11. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  3. ^ "Acong kini bergelar suami selepas 10 tahun menduda". Oh Bulan. 18 Disember 2012. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  4. ^ Fiza Kamarudin (11 Oktober 2018). ""Belum rezeki dan tak terfikir pun nak ambil anak angkat" - Acong". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (17 Januari 2018). "Rezeki tahun baru". Harian Metro. Dicapai pada 18 Julai 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]