Acryl Sani Abdullah Sani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Acryl Sani Abdullah Sani

PMN, PJN; SSAP (Pahang); SPTS, DPTS (Perak); DPPN (Pulau Pinang); DIMP (Pahang); DGSM (Melaka); KMN
Acryl Sani.jpg
Acryl Sani ketika menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara Malaysia ke-13
Memegang jawatan
4 Mei 2021
Dilantik olehAl-Sultan Abdullah
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
MenteriHamzah Zainudin
MenggantikanAbdul Hamid Bador
Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia ke-26
Dalam jawatan
14 Ogos 2020 – 3 Mei 2021
Dilantik olehAl-Sultan Abdullah
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
MenteriHamzah Zainudin
Didahului olehMazlan Mansor
Digantikan olehMazlan Lazim
Butiran peribadi
Lahir (1961-10-03) 3 Oktober 1961 (umur 60)
Petaling Jaya, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Datin Seri Panglima Ir. Zaitun Mohd Isa
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanPolis

Tan Sri Dato' Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani (lahir 3 Oktober 1961) ialah seorang pegawai polis Malaysia dan Ketua Polis Negara Malaysia ke-13 sejak 4 Mei 2021. Beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia dari 14 Ogos 2020 hingga 3 Mei 2021.

Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Acryl Sani dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pada 3 Oktober 1961.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam .[1] Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) (Universiti Utara Malaysia).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP). Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.[1]

Timbalan Ketua Polis Negara[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020 bagi menggantikan penyandang beliau, Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib pada hari yang sama. Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dengan nasihat Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin.[1]

Ketua Polis Negara[sunting | sunting sumber]

Acryl menerima surat pelantikan sebagai Ketua Polis Negara pada 30 April 2021 bagi menggantikan penyandang beliau, Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei 2021. Beliau menerima tugas secara rasmi pada 4 Mei 2021.[2] Sungguhpun begitu, pelantikan beliau dicemari oleh dakwaan campur tangan politik, khususnya oleh Menteri Dalam Menteri Hamzah Zainuddin. Tidak lama sebelum pelantikannya, terbocor suatu rakaman audio oleh Hamzah dengan kandungan rakaman melihatkan campur tangannya dalam pelantikan pegawai-pegawai kanan dalam kepolisan negara.[3] Perkara ini seterusnya menjadi bahan tumpuan dan serangan oleh KPN yang diganti Acryl, Abdul Hamid Bador dalam ucapan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan KPN.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Rafidah Mat Ruzki. "Acryl Sani dilantik Timbalan Ketua Polis Negara". Berita Harian Online. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  2. ^ Nor Azizah Mokhtar (30 April 2021). "Acryl Sani dilantik KPN ke-13". Berita Harian. Dicapai pada 30 April 2021.
  3. ^ Fareez Azman (30 April 2021). ""Bukan mirip, memang benar audio itu suara saya" - Hamzah Zainudin". Astro Awani. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  4. ^ Abdul Hakim Rahman (30 April 2021). "KPN kritik campur tangan menteri dalam PDRM". Astro Awani. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  5. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 1999" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2020-08-14.
  6. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019" (PDF).[pautan putus]
  7. ^ Acryl Sani dikurniakan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima
  8. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2015" (PDF).[pautan putus]
  9. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016" (PDF).[pautan putus]
  10. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2006" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-28. Dicapai pada 2020-08-14.
  11. ^ "KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka". BERNAMA. Astro Awani. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
Lantikan polis
Didahului oleh
Mazlan Mansor
Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia
14 Ogos 2020 – 4 Mei 2021
Diikuti oleh:
Mazlan Lazim
Didahului oleh
Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara Malaysia
4 Mei 2021 – kini
Pemegang jawatan kini