Google Ads

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari AdWords)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Google Ads
Google Ads logo.svg
PembangunGoogle
Pelancaran pertama23 Oktober 2000; 21 tahun yang lalu (2000-10-23)[1]
JenisPengiklanan dalam talian
Tapak webads.google.com

Google Ads ialah keluaran pengiklanan kemegahan dan sumber hasil Google yang utama. Ia membekalkan pengiklanan bayar per klik (PPC) dan pengiklanan yang menyasarkan tapak web untuk kedua-dua iklan teks dan iklan sepanduk.

Program ini merangkumi penyebaran tempatan, negara dan antarabangsa. Iklan teks Google adalah pendek sahaja dan terdiri daripada satu garis tajuk serta dua garis teks kandungan. Iklan-iklan imej boleh merupakan salah satu daripada beberapa saiz piawai Biro Pengiklanan Interaktif (IAB).

Bahagian AdWords di syarikat Google berpusat di Ann Arbor, Michigan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Keluaran AdWords dilancarkan pada tahun 2000.[3] Pada mula-mulanya, para pengiklan membayar Google bayaran bulanan yang tetap, dengan Google menyediakan dan mengendalikan kempen untuk mereka. Untuk menampung perniagaan-perniagaan yang kecil serta juga mereka yang hendak mengendalikan kempen sendiri, Google kemudian memperkenalkan portal layan diri AdWords. Sejak dari tahun 2005, Google telah membekalkan perkhimatman pengurusan kempen yang dikenali sebagai Jumpstart [4] untuk membantu para pengiklan menyediakan kempen masing-masing.

Pada tahun 2005, Google melancarkan Program Profesional Pengiklanan Google (GAP) untuk mengesahkan para individu dan syarikat yang telah menyertai kursus AdWords dan lulus dalam peperiksaannya. Disebabkan oleh kerumitan AdWords serta jumlah wang yang terlibat, sesetengah pengiklan menggaji seorang perunding untuk mengendalikan kempen-kempen mereka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Google Launches Self-Service Advertising Program". Google. October 23, 2000. Dicapai pada July 25, 2018.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-03. Dicapai pada 2008-02-02.
  3. ^ Google Milestones
  4. ^ "Apakah itu Jumpstart?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-29. Dicapai pada 2008-02-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]