Ad litem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ad litem adalah satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada satu pihak (orang, badan) yang dilantik mahkamah untuk memberikan perlindungan hak kepada kanak-kanak (ataupun dalam kes tertentu orang dewasa yang tiada upaya) di dalam satu prosiding di mana mereka ditakrifkan oleh mahkamah sebagai tidak berkeupayaan menjaga kepentingan diri sendiri. Mereka yang bertindak menjaga kepentingan ad litem ini di panggil Penjaga Ad litem. Istilah ini tidak lagi digunakan di United Kingdom sejak kelulusan Akta Kanak-Kanak tahun 1969 yang menetapkan peranan penjaga kanak-kanak.

Ad litem juga digunakan dalam kes-kes litigasi harta benda di mana seseorang dilantik menjadi ad litem untuk menjaga kepentingan sesuatu estet dalam prosiding mahkamah apabila pemegang amanah ataupun wakil berkuasa estet tersebut tidak dapat menjaga kepentingan estet tersebut dengan baik dan sempurna.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]