Ada Untukmu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
"Ada Untukmu"
Single oleh Amelina
Dikeluarkan pada7 Ogos 2020
Format
GenreBalada
Panjang
  • 3:14 (single)
  • 4:55 (muzik video)
SyarikatNova Muzik
PenulisAepul Roza
Kronologi single Amelina
"Janda Anak Enam"
(2018)
"Ada Untukmu"
(2020)
Video muzik
"Ada Untukmu" di YouTube

"Ada Untukmu" ialah lagu yang dirakamkam dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Amelina.[1][2] Lagu ini ialah hasil nukilan Aepul Roza dan dikeluarkan pada 7 Ogos 2020 oleh Nova Muzik. Ini merupakan percubaan sulung Amelina menyanyikan lagu balada selepas sekian lama memberikan tumpuan kepada lagu dangdut.[3][4]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

"Ada Untukmu" menjadi rakaman pertama Amelina bergenre balada selepas sekian lama menyanyikan lagu-lagu dangdut.[5][6][7] Beliau berkata kepada Berita Harian:

"Ini adalah percubaan pertama menyanyikan lagu bergenre balada selepas dua dekad dalam industri muzik. Bagaimanapun, ia bukanlah bermakna saya mahu beralih arah dari dangdut ke balada. Jujurnya, saya tak bimbang dengan maklum balas peminat. Apa yang lebih merisaukan bagaimana saya nak menyanyikan lagu ini di pentas memandangkan sudah biasa menari dangdut,".[5]

Menurut Amelina, idea untuk merakamkan lagu ini bermula menerusi persetujuan bersama dengan pengurusannya, MindOrder Management selepas persembahannya di Gegar Vaganza musim kelima menerima respon positif.[8] Kelainan melalui genre balada juga sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.[8]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi "Ada Untukmu" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Nova Muzik pada 7 Ogos 2020 pada jam 6 petang, serentak dengan pelancaran single rasmi yang diadakan di Ara Damansara.[9][10] Diterbitkan oleh Neon Pixel, muzik video ini dibintangi oleh Sham Visa yang memegang watak sebagai suami.[6]

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Bagi mempromosikan "Ada Untukmu", Amelina mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 pada 17 Ogos 2020.[11]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[12]
  1. "Ada Untukmu" – 3:14

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 7 Ogos 2020 Muat turun digital[12]
Penstriman digital[13]
NOVA Muzik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fariza Saidin (7 Ogos 2020). "Demi Ada Untukmu: Amelina beralih dari dangdut! Demi siapa?". Kita Reporters. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  2. ^ "Amelina alih selera dari dangdut ke balada". Malaysiakini. 8 Ogos 2020. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  3. ^ Dennis Chua (20 Ogos 2020). "#Showbiz: Redefining Amelina, from dangdut to ballad" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  4. ^ Norfaezah Sakri (7 Ogos 2020). "27 tahun genre dangdut, Amelina buat kejutan, muncul single balada 'Ada Untukmu' - "Hadiah buat peminat"". mStar Online. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  5. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (7 Ogos 2020). "Amelina dilamun cinta". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  6. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (18 Ogos 2020). "Amelina tak 'bergelek' lagi". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  7. ^ Budiey (6 Ogos 2020). "Pertaruhan Berani Amelina Menerusi Lagu Balada Ada Untukmu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  8. ^ a b Fiza Kamarudin (7 Ogos 2020). "Amelina turun 6 kg gara-gara lagu balada pertamanya, Ada Untukmu". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  9. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Ogos 2020). "Amelina dalam fasa 'sweet-sweet'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  10. ^ Mohd Haikal Isa (6 Ogos 2020). "Amelina sudah berpunya". Kosmo!. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  11. ^ "Artis Jemputan: Amelina - Wanita Hari Ini, 1 Julai 2020". TV3. 17 Ogos 2020. Dicapai pada 21 Mac 2021 – melalui YouTube.
  12. ^ a b "Ada Untukmu - single by Amelina". iTunes (MY). Dicapai pada 21 Mac 2021.
  13. ^ "Ada Untukmu, a song by Amelina". Spotify. Dicapai pada 21 Mac 2021.