Adam Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Adam Hamid adalah pelakon dan pengarah dari Malaysia. Adam Hamid yang berdarah kacukan Cina dan Pakistan dilahirkan pada 3 Disember 1973

Ibunya berketurunan Cina dari Kelantan dan bapanya berasal dari Lahore, Pakistan.

Adam mula menyertai industri kreatif pada bulan November 1991, melalui Sitkom pertama lakonannya yang berjudul "SAYANG DI SAYANG". Adam juga bekas handyman ini menyertai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 80 buah drama televisyen.

Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair untuk slot RTM pada tahun 1998. Pada ketika itu beliau baru berusia 25 tahun.

Pelakon dan pengarah filem[sunting | sunting sumber]

Adam memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada pada tahun 1991 diusia 18 tahun.

Selain Berlakon dan mengarah Drama, Beliau juga pernah menjadi penerbit filem pada tahun 2006 yang berjudul 'Cinta Terakhir’ dan antara Drama terbitannnya pula ialah, Siong (26 episod), Berek (13 episod), Kelab Jeng Jeng (13 episod) dan Putera Katak (26 episod) kesemuanya ditayangkan di TV3 dibawah Syarikatnya TALISMAN PICTURES Sdn Bhd

Beliau telah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Anggun, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Beliau juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Aku No. 1 dan Bujang Senang.