Adamdidam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adamdidam
Kelahiran
Muhammad Adam bin Mahamed Ismail

(1990-11-10)10 November 1990
Meninggal dunia19 Mei 2019(2019-05-19) (umur 28)
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Sebab kematianJangkitan kuman pada paru-paru
Nama lainMamaji
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanCef selebriti, pengacara, personaliti media sosial
Saudara
  • Neelofa (sepupu)
  • Fatimah Mukhlis (anak saudara)

Muhammad Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam (10 November 1990 – 19 Mei 2019) merupakan seorang cef selebriti dan pengacara televisyen Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi naib juara rancangan realiti masakan Hero Oven musim kedua terbitan TV3.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum bergelar cef selebriti, Adamdidam memulakan kerjaya awal sebagai Perancang Strategik di Petronas selama lima tahun.[1] Di Petronas, beliau mengendalikan perancangan strategik dan pernah mengetuai acara berskala besar untuk hadirin tempatan dan antarabangsa.[1]

Selepas menamatkan kerjayanya di Petronas, Adamdidam mula menceburi seni kulinari. Demi mendalami seni kulinari, beliau kursus intensif jangka pendek di Le Cordon Bleu di London selama enam bulan. Pada tahun 2017, beliau menjadi salah seorang peserta Hero Oven musim kedua di TV3 di mana beliau merupakan pemenang tempat ketiga menerusi cabaran kek dua tingkat, menara macaron dan petit fours sebagai jamuan minum petang berkonsepkan ceria dan mudah.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adamdidam dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan. Beliau ialah sepupu kepada pengacara TV Neelofa[3] dan bapa saudara kepada kanak-kanak kelahiran England yang fasih loghat Kelantan, Fatimah Mukhlis.[4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 19 Mei 2019 akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada usia 29 tahun.[4][5] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal pada jam 11 pagi hari yang sama.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Basir Zainuddin (12 Jun 2018). "Meet Adamdidam: From the corporate to the kitchen". Uppre. Dicapai pada 23 September 2020.
  2. ^ "Peserta Hero Oven 2 bengang". XTRA. 1 Februari 2018. Dicapai pada 23 September 2018.
  3. ^ Nur Asyikin Mayudin (19 Mei 2019). ""Adam... Kamu akan sentiasa diingati dan dirindui" - Neelofa simpan kenangan bersama Adamdidam buat selamanya". mStar Online. Dicapai pada 23 September 2019.
  4. ^ a b Rozaimi Zubaidi (19 Mei 2019). "Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2019.
  5. ^ "Chef selebriti Adamdidam meninggal dunia". Astro Awani. 19 Mei 2019. Dicapai pada 23 September 2019.
  6. ^ "Chef selebriti Adamdidam selamat dikebumikan". Malaysiakini. 19 Mei 2019. Dicapai pada 23 September 2019.