Adeeba Kamarulzaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adeeba Kamarulzaman

DJMK (Kelantan); DPMP (Perak)
Adeeba pada Oktober 2014.
Kelahiran (1963-12-16) 16 Disember 1963 (umur 60)
PekerjaanAhli akademik, ahli sains, pakar penyakit berjangkit
Latar belakang akademik
PendidikanFelo Royal Australiasian College Of Physicians MBBS
Pusat pendidikanUniversiti Monash
Karya akademik
Minat lainKawalan penyakit berjangkit, kaedah pencegahan dan rawatan HIV/AIDS

Profesor Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman (lahir 16 Disember 1963) ialah seorang ahli akademik dan ahli sains Malaysia. Sebagai pakar penyakit berjangkit, beliau dikenali menerusi hasil kerjanya dalam memperjuangkan kaedah pencegahan dan rawatan HIV/AIDS.[1][2][3] Beliau juga memegang jawatan sebagai pengerusi Yayasan AIDS Malaysia dan profesor Madya tambahan di Universiti Yale.[4][5]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Adeeba dilahirkan pada 16 Disember 1963 di Kota Bharu, Kelantan.[6][7] Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Monash pada tahun 1987 dan dilatih dalam perubatan dalaman dan penyakit berjangkit di Pusat Perubatan Monash dan Hospital Penyakit Berjangkit Fairfield, Melbourne, Australia. Beliau juga memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Profesor Madya Adjung di Universiti Yale, Amerika Syarikat. Adeeba juga menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERiA) yang menjalankan penyelidikan pelbagai disiplin mengenai HIV dan AIDS daripada klinikal kepada kesihatan awam dan penyelidikan dasar.[8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan tugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan tumpuan kepada pencegahan wabak penyakit berjangkit seperti HIV, denggi, tibi dan virus baharu.[2][7]

Pada tahun 1997, Dr. Adeeba menubuhkan Unit Penyakit Berjangkit di PPUM manakala di universiti yang sama pada 2008, beliau mengasaskan Pusat Kecemerlangan Kajian AIDS (CERiA). Beliau ialah antara pakar perubatan terpenting yang melakukan kajian dan mencari rawatan sesuai ketika negara berdepan virus Nipah pada 1999.[2][7] Pada Januari 2006, beliau dilantik sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), bagi menggantikan Marina Mahathir.[9]

Pencapaiannya turut diakui melalui penerimaan Anugerah Sains Tun Mahathir dan Anugerah Merdeka di atas peranan sebagai Ahli Pasukan Penyiasatan Nipah UM. Di peringkat antarabangsa, selain menjadi ahli Majlis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), beliau merupakan ahli Panel Pakar Saintifik UNAID mengenai HIV.[2]

Adeeba juga pernah dilantik sebagai penasihat kepada pelbagai jawatankuasa di bawah WHO mengenai penyakit HIV dan AIDS. Beliau memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kegiatan serta inisiatif kerjasama dalam rangkaian penyelidikan HIV serantau iaitu TREAT Asia.[2]

Pada tahun 2012, beliau dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Global Advance Australia bagi kategori Alumni manakala pada 2015, universiti pengajiannya, Universiti Monash Australia menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-Undang Kehormat atas sumbangannya dalam bidang perubatan dan kesihatan.[2]

Pada tahun 2020, beliau telah dipilih sebagai presiden Asia pertama Persatuan AIDS Antarabangsa.[10][11] Setahun berikutnya, beliau telah dilantik sebagai ahli Majlis Sains WHO, sebuah kumpulan yang memberi nasihat tentang kemajuan saintifik dan teknologi yang memberi kesan kepada kesihatan awam di seluruh dunia.[4][12]

Pada September 2022, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah yang baharu sekali gus menjadikan beliau sebagai rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.[13][14]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Adeeba telah diiktiraf melalui beberapa anugerah kebangsaan dan antarabangsa termasuk Anugerah Sains Tun Mahathir dan Anugerah Merdeka atas peranannya sebagai ahli Pasukan Penyiasat Nipah Universiti Malaya.[15]

Beliau merupakan penerima pertama Anugerah Global Advance Australia dalam kategori Alumni pada 2012 dan pada April 2015 beliau telah dianugerahkan dengan Doktor Undang-undang (honoris causa) daripada Universiti Monash. Beliau juga mempunyai penghormatan tersendiri kerana telah dipaparkan dalam kedua-dua penerbitan The Lancet dan Science masing-masing pada 2013 dan 2014.

Pada tahun 2022, Adeeba disenaraikan dalam senarai '50 Over 50: Asia 2022' oleh majalah Forbes.[4][16][17] Pada 31 Oktober 2023, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara di atas sumbangannya sebagai pakar perubatan serta pelopor program kawalan penyakit berjangkit.[18][19][20]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  •  Kelantan :
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2022)
  •  Perak :
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato' (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khairina Yasin (5 Mei 2011). "Alumni: Prof Adeeba pakar HIV/Aids". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2011. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  2. ^ a b c d e f Muhammad Amnan Hibrahim (29 Mei 2021). "Dr Adeeba sebaris saintis dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  3. ^ "Legasi Dr. Adeeba untuk masyarakat". Utusan Malaysia. 21 September 2022. Dicapai pada 27 September 2022.
  4. ^ a b c Surin Murugiah (14 Januari 2022). "Malaysia's Adeeba Kamarulzaman, Michelle Yeoh named in Forbes '50 Over 50: Asia 2022'" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 28 Mei 2022.
  5. ^ Najihah Rashid (27 September 2022). "5 facts on Malaysia's scientific powerhouse, Prof Dato' Dr Adeeba Kamarulzaman" (dalam bahasa Inggeris). Prestige Online. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  6. ^ Halina Mohd Noor (28 Mei 2022). "Penagih perlu sokongan bukan hukuman semata-mata". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  7. ^ a b c "Meet Malaysia's prolific HIV/AIDS campaigner" (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. 2 Julai 2017. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  8. ^ Tania Jayatilaka (26 Julai 2021). "Dato' Dr Adeeba Kamarulzaman: Lessons From The Covid-19 Frontline" (dalam bahasa Inggeris). Tatler Asia. Dicapai pada 7 November 2021.
  9. ^ Norakmah Mat Youb (29 Januari 2006). "Aids runtun jiwa Dr Adeeba". Berita Minggu. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  10. ^ "UM's Dato' Professor Dr Adeeba Kamarulzaman Appointed as First Asian President of International AIDS Society" (dalam bahasa Inggeris). Applied HE. 21 Julai 2020. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  11. ^ Kirat Kaur (9 Julai 2020). "Malaysian Medical Superwoman Is The First Asian To Become International AIDS Society President" (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  12. ^ "Dr Adeeba Kamarulzaman appointed WHO Science Council member" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 20 April 2021. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  13. ^ Juani Munir Abu Bakar (19 September 2022). "Adeeba rakyat Malaysia pertama dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 September 2022.
  14. ^ "Adeeba is first Malaysian in global commission on drug policy" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 19 September 2022. Dicapai pada 27 September 2022.
  15. ^ "Dato' Professor Dr Adeeba Kamarulzaman" (dalam bahasa Inggeris). Anugerah Merdeka. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  16. ^ "Adeeba in Forbes' over-50s prominent Asian women's list". FMT Reporters (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 14 Januari 2022. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  17. ^ Mahani Ishak (14 Januari 2022). "Prof Adeeba tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  18. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (31 Oktober 2023). "Dr Adeeba dinobat Tokoh Akademik Negara 2023". Berita Harian. Dicapai pada 7 November 2023.
  19. ^ Omar Zin (1 November 2023). "Dr Adeeba Kamarulzaman dinobat Tokoh Akademik Negara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 November 2023.
  20. ^ "King congratulates Dr Adeeba, Helen Selvanathan on achievements" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 2 November 2023. Dicapai pada 7 November 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]