Adibajingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan adibajingan United Underworld daripada filem Batman 1966, yang merupakan filem adaptasi berdasarkan buku-buku komik Batman dan siri televisyen 1960-annya. Dari kiri ke kanan: Penguin, Riddler, Catwoman dan Joker.

Adibajingan (Jawi: اديباجيڠن) ialah sejenis watak kodi penjahat yang boleh ditemui dalam komik-komik Amerika Syarikat dan biasanya mempunyai kuasa dan kemampuan luar biasa. Adibajingan ialah watak antitesis kepada adiwira, bermakna identitinya berlawanan dengan identiti adiwira.

Adibajingan digunakan sebagai watak lawan bagi memberi adiwira sebuah cabaran. Seandainya adibajingan itu tidak mempunyai kuasa adimanusia, ilmu mistik atau kuasa makhluk asing, adibajingan itu boleh sebalinya mempunyai kepintaran atau kemahiran yang hebat membolehkan mereka untuk mencipta rancangan rumit atau melakukan jenayah yang manusia biasa tiada kuasa untuk buat. Ciri-ciri lain yang mereka boleh ada ialah megalomania dan kemilikan sumber yang banyak untuk merealisasikan impian mereka. Ramai adibajingan mempunyai sifat-sifat diktator, samseng, saintis gila, pemburu haram, ahli perniagaan yang buruk akhlak, pembunuh bersiri dan pengganas dunia sebenar, dengan impian penaklukan dunia atau kepimpinan seantero dunia .[1]

Adibajingan popular[sunting | sunting sumber]

Joker, Lex Luthor, Sinestro, Brainiac, Green Goblin, Loki, Thanos, Magneto, Venom, Sabretooth, Red Skull, Doctor Doom, Deathstroke the Terminator, Riddler, Ra's al Ghul, dan Darkseid merupakan adibajingan lelaki besar yang datang daripada dunia komik dan telah ditayangkan di layar putih dan televisyen.[2][3] Ada juga adibajingan wanita, seperti Cheetah, Catwoman, Mystique, Harley Quinn, Talia al Ghul, Poison Ivy, Hela dan Dark Phoenix.[4][5]

Adibajingan adakalanya juga menubuhkan kumpulan seperti adiwira, contohnya Sinister Six, Suicide Squad, Brotherhood of Mutants, Injustice League, Legion of Doom, dan Masters of Evil.

Dalam dokumentari "A Study in Sherlock", Stephen Moffat dan Mark Gatiss mendakwa Professor James Moriarty sebagai seorang adibajingan kerana beliau juga mempunyai kepintaran dan keupayaan memerhati dan bertaakul bertaraf genius, yang meletakkannya lebih tinggi daripada tahap orang biasa dan mampu mengancam Sherlock Holmes.

Musuh ketat James Bond, Ernst Stavro Blofeld (yang biasanya muncul terduduk atas kerusi lengan sambil membelai kucing Parsi serta menyembunyikan wajahnya dari pandangan penonton) telah menjadi pencorak trop adibajingan dalam filem-filem popular, antaranya bersifat parodi seperti Dr. Claw dan kucingnya M.A.D. Cat daripada siri animasi Inspector Gadget, Dr. Evil dan kucing sfinksnya Mr. Bigglesworth daripada siri filem <i id="mwZQ">Austin Powers</i>, malah juga Dr. Blowhole dari siri animasi televisyen The Penguins of Madagascar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eury & Misiroglu On The Supervillain Book". Comicon.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-18. Dicapai pada 2012-05-09.
  2. ^ "Joker tops supervillain poll". Metro.co.uk. 2012-04-25. Dicapai pada 2012-05-09.
  3. ^ "Top Ten Comic Book Super Villains". Comicbooks.about.com. 2012-04-10. Dicapai pada 2012-05-09.
  4. ^ "Lethal Ladies ; The 10 Best Female Supervillains". Newsarama.com. Dicapai pada 2013-10-22.
  5. ^ "Maleficent and 16 Other Famous Queens of Mean". Time Magazine. Dicapai pada 2015-04-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]